Thursday, May 12, 2011

SEGMEN PH JOM BERKENALAN



di petang yang berbahagia nih, sambil bertemankan nescafe panas dan bunyik MP3 yang emo gila, saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya nak join segmen encik jay nih, jom kenal bersama PH. kenapa saya mau join? sebab encik jay jempot, saya pon join lah dengan hati yang terbuka sambil nak tambah kawan baru. :)

nak kenal saya tak? hurm, nama saya norizyana anak kepada encik alizal dan cik madam azura. saya anak sulong daripada 3 beradik dan satu2nya 'girl' okayy sebab dua lagi adik lelaki. saya seorang kakak yg sangat garang, dan juga anak yang sangat nakal. saya suka makan laksa, tapi laksa tak suka makan saya, dulu, kini dan selamanya and saya suke masak. sedap ke saya masak? ikot tekak sendiri sedap sokmo lah, tekak buaya, tekak orang lain entahlah. hik hik saya jugak sedang cuba menghabiskan degree dalam human resource management yang mana dengan izin Allah selesai pada akhir tahun nih. 

saya baru mula berbelog pada 6 march 2011, tahun nih. before this pernah ada tapi saya terminated atas sebab2 yang tak munasabah. hehehe so sekarang baru nak aktif dalam blogging nih. jadi bila dapat join segmen2 macamnih dapat jugak saya luaskan pandangan kan, kenal ramai lagi blogger yang lain dan kumpol kawan ramai2.

pada saya, blogging nih satu aktiviti yang sihat dan mengasah kreativiti kita sebagai penulis. selain tuh dapat juga kita gunakan blog sebagai medium untuk ketengahkan bakat kita tuh, atau mungkin jugak untuk ekspresikan idea dan juga pendapat kepada blogger yang lain. betol tak? so, tak rugi pon join segmen nih kan, gune jari je.... :p

jom kita memeriahkan segmen encik jay nih. semoga sukses selalu~

1 comment: