Monday, May 30, 2011

kisah seorang CASHIER~

assalamualaikum.

holaa... lama sesangat tak menepekkan muka yang macho nih kat depan komputer lipat yang tak berapa nak canggih nih. hohoho ;p rasa dah berkurun dah, dan pemikiran mula menjadi tersangat lembap bila nak karang ayat. hoh! samalah jugak macam kalau masok semester baru lepas cuti yang tak berapa nak panjang yang UNISEL bagi, tulisan dah macam budak pra-sekolah. lagi cantik kot. ngeeee ;)

apa story baru?? haaaa, ni saye nak kongsi cerita pasal gelagat dan kerenah customer kat GIANT, memandangkan saye nih menjawat jawatan sebagai 'juruwang sambilan' kat sane. hah, class gitu ayat akakk kan. hehehe yee, macam2 jenis perangai saye jumpa. sampai naik fedap pon ada kadang2 tuh, boleh hilang sabar dibuatnya. bila dah hilang sabar, maka keayuan pon ke laot, tak ada maknanye "budi bahase budaya kite" dah. boleh simpan dalam lemari je pepatung pepatah tuh tak pon leminate kat kedai fotostat. hoho

antara perangai, gelagat customer, dan kejadian yang paling saya tak boleh BLAH:
  • tak paham bahase! banyak jenis orang yg tak paham bahase nih, tapi yang paling menyirap bila tak paham bahase melayu. nak haku cakap iban ke hape? contohnya macam HARI TANPA BEG PLASTIK, korangg tau kan hari apa tuh? kalau tak tau memang sah korang daripada planet pluto. ada jugak manusia yang dok pertikai ape kejadahnya GIANT tak bagi beg plastik sampai heboh dok maki2 cashier sebab cas 2posen untuk seketol bag plastik. hoh!  padahal, dah heboh satu malaysia, dok iklan dalam tivi, suratkhabar and radio bagai. yang paling tak boleh blah, kat pintu masok pon bukan main besar lagi banner tuh bagitau tak ada plastik hari sabtu. dah tuh nak emo tak tentu pasal, kan dah malu. tak pasal2 je saya penah nak kena pukul pakai pakai kasot sebab kan 2posen tuh. buduh punya orang!
  • tak reti bace! tak reti tengok label tanda harga barang, lain barang yang kau ambik harga barang lain yang kau tengok. sampai kat kaunter nak bebel2 kat cashier, macamlah kitorang nih mesen check harge nak ingat segala jenis harga makhluk yang ada dalam GIANT tuh. hadoyyy heboh tanye harge tuh berapa lah, harga ni berapa lah. mana lah haku nak tau, apa guna tanda harga dengan "price checker" tuh, suka-suki je ke nak pasang buat perhiasan. mestilah nak soh guna kan, cubalah fikir ikut logik sikit. ini tak, semua nak senang je. ingatlah, bukan kita sorangg je customer yang nak dilayan kan?
  • taik hidong masin! nih spesis yang takkan pupus kat muka bumi nih, keturunan haji bakhil bin kedekut nak mampos. semua benda nak murah, padahal dah cukup murah dah barang tuh. nak murah bukak pasaraya sendiri lah ye makcik. semua harga nak pertikai, TESCO lagi murahlah, CARREFOUR lagi murahlah, hoh! pegilah sopping kat sana tuh, datang sini buat apa kalau tau nak complain je kan. biasalah, mana2 pasaraya pon ada lebih ada kurang kan. ada mahal ade murahnye, so sebagai pengguna kena bijak lah. jangan tau menyalahkan cashier je. bukan cashier yang suke-suki letak harga ye makcik pakcik oi.
  • tak reti sabar! hah, nih lah golongan yang paling saye benci sebab tak memahami keadaan orang lansung. semua benda nak cepat je, macam dia sorang je reti nak cepat. nak emo2 tak tentu pasal. hoh! orang cakap baik2, nak marah2, nak besar2kan bijik mata lah. ade haku kesah?  tak kesah pon, lagi dia nak cepat lagi saye sengaje buat keja lambat2. biar dia tunggu. tapi pada customer yang baik tuh, saye akan bagi layanan yang sangat mesra. hohoho~

bayangkan kalau ramai camni, macamane nak layan dengan penoh kasih syg? hoho~

ekceli, macam2 kerenah lagi customer nih tapi banyak sangat sampai tak tau nak sbot yang cite yang mana satu. ape pon, saye suka keja nih, walaupon penat, tapi seronok sangat. so, try la jadik cashier ye, tak pon staff kat pasaraya besar macam GIANT, TESCO and lain2 lagik. banyak perkara yang saya dapat belajar daripada pengalaman keja saya nih macam cara handle customer bermasalah, cara berkomunikasi and byk lagi. tapi ingat, bukan semua customer bermasalah, masih ramai jugak customer yang bertimbang rasa lagi tau. 

till here then, nanti sambong cite lagik ;)

terima kasih sudi baca :)

Thursday, May 19, 2011

setelah lama menyepi~

assalamualaikum.

sudah lama tak meng-hapdet blog nih, rindu gila kot. hoho lately busy sangat2, short sem kan, semua benda nak rush, penat kot. hoh! masa tido, masa cuti, masa berpoya2, semua tergadai. tapi apa nak buat, terpaksa terima dengan rela hati. tak rela pon terpaksa terima jugak kan? ada choice ke? hoho

tapi dalam sibuk2 pon, masih sempat lagi meluangkan masa untuk manjakan diri sendiri. hape lagi, karokk lah kan. saya memang serious kaki karok. lagu yang bertuah dan yang paling kerap disumbangkan, lagu syura, nazam berkasih. memang tak boley blah, tapi ce try layan lagu tuh. mencabar kot :p

aktiviti sepanjang dua tiga hari nih tak banyak, cuma karokk ngan sopping barang dapor sikit plus barang untuk masak spagheti yang menjadi favourite housemate2 saye. seronok rasa bila dapat masak dan orang lain suka dengan masakan kita kan? pada sapa yang suka masak tuh, korangg sure faham perasaan tuh kan. huhuhu

hoh! tak letak bath shower dlm spagheti okayy :p

Tuh cerita kelmarin, pasal masak memasak kan. semalam pulak saya dan roomate saya dengan tak sengaja telah men-join kan diri kami masok contest WATSON. alah, yang dapat anugerah mata paling cun lah, body paling marvellous lah, dan macam2 lagik anugerah yang depa tawarkan. hoho menarik kan?

saye sedar lah saye takde lawa mana pon, tapi saje suke2 nak bergambar, kan pantang jumpa kamera saya nih :p

hoh, beria dok pegang banner nih, dgn harapan nak menang
 la kononnya sampai nak tutop muka kalo bole :p

baju krim tuh first gift daripada encik kekasih~

tapi bukan saye sorang je yang masok dan menyibok kat kamera cina tuh, konco2 saye pon masok jugak. hoho pening kepala cina tuh layan kerenah kami. hahaha padan muka. lepas snap snap, dapatlah saguhati daripada watson. hoho tgk kat tangan tuh, yang warna pink tuh. shampoo sunsilk promotion pack. cinonet je. hoh! tapi okayylah daripada tak dapat pape lansong kan? ngeeee ;)

till here then, nanti saya dah free sikit saye hapdet lagi tau. kamu2 semua takmo noty2 k. take care. daa~

terima kasih sudi baca :)




Saturday, May 14, 2011

simbah asid! berhati2lah wahai perempuan~

negara digemparkan dengan kes menyimbah asid secara rambang kepada perempuan sahaja. setakat hari nih dah 22 kes yang sama berlaku sekitar kuala lumpur dan selangor. paling terbaru kat wangsa maju, baru keluar berita tadi. korang tengok berita tak? hah, tak tengoklah tuh kan? tapi xpe, saya rase blogger2 sendiri pon dah banyak buat entry pasal nih. so, saya just nak kongsi serba sikit informasi yang saya tahu je kepada blogger yang mungkin suka singgah maen beskal kat sini kan :)

penganalisis jenayah, kamal affendi telah membuat kenyataan yang mungkin 'pelaku' ( orang yang menyimbah asid) bukan menyimbah asid dengan niat membalas dendam, tapi mungkin untuk suka2 je, yg mana dia dapat kepuasan atas apa yang dia lakukan. hoh! kalau betol lah camtuh, konfem mamat tuh psiko kan? eeeei, scary nye....

bayangkanlah, saya nih dah lah berhabes duit dah pasang braces, tahan sakit lagi, tahan nafsu makan lagik semata2 nak cantek punye pasal, last2 kena simbah asid pulak. hoh! bayangkan? lansong tak payah, membazir jek kan. hape pon tak dapat kang, putih mato yo den ni hah. so, mesti nak kena hati2, takmo merayau2 tak tentu pasal lagik dah, takmo, takmo, takmo. takotnye, dengar bunyik motor pon dah fobia.

kepada kaum wanita, berhati2lah ye, ikut nasihat polis:
  1. jangan berjalan dibahu jalanraya, kat perut jalan boleyy
  2. jangan membelakangi kenderaan, maksodnya jalan mengikut arah berlawanan dengan kenderaan len.
  3. kalau nampak sesuatu yang mencurigakan, cepat2 hubungi polis
  4. nak tambah sikit, atok saya pesan, jalan tuh bawak payung kemana2. boleh jugak jadik pelindung sikit kan. at least takdelah sampai kena kat muka.
so, hati2 k, benda2 macamnih tak boleh dipandang remeh, kita harus sentiasa bersiap sedia sebab malang tak berbau kan. sama2lah saling ingat mengingati sesama manusia. pada kaum lelaki cuba untuk cuba melindungi orang yang kamu sayang macam mak, isteri, kakak, adik, mata air dan yang paling penting diri kamu sendiri. tak mustahil lepas nih, dia pegi tukar modus operandi pulak, buru lelaki je. who knows~

till here then, esok ada test, tapi satu hape pon tak selak lagi. ingat otak kau macam noor amalina ke? hoh! gasakk lah, besok terkial2 nak jawab baru padan muka kau. so, saya nak study dan mungkin jugak stado seketika. wish me luck k :)

p/s: nak kene sarong helmet siap blazer kot bile keluar gi mane2~

terima kasih sudi baca.


Blogger Support Blogger :: Tugasan Pertama!


click sini
assalamualaikum.

hai blogger, dah lama rasanye tak men'senaman'kan jari-jemari saye yang halus mulus lagi gebus nih. hahaha halus ke?? kasau macam berus dawai adelah :p so, hari nih nak excrcise sikit jari-jari nih, dengan menekan keypad lock kat laptup nih untuk menghasilkan entry yang baru lagi panas dan terhangat di pasaran.

hoh! kenape hangat dipasaran? bukan dipasar malam? pasar tani? mahupun pasar besar? sebab korang jumpe entry nih kat pasaran blog je, xdapat kat luar punye.

merujuk kepada banner diatas ( wah, dah macam nak tulis surat rasmi dah..), nak ajak kamu2 semua join segmen yang dianjurkan oleh sifu saya, blogger support blogger. tujuan segmen nih diadakan adelah untuk saling support blogger, especially blogger2 yang freshie macam saya nih, sifu and rakan seguru saya. wah! promote gitu kan. :p

cara nak join segmen nih:
  1. buat satu entry yang bertajuk " Blogger Support Blogger :: Tugasan Pertama"
  2. letakkan header yang terpampang indah kat atas tuh pada entry korang dan link kan ke entry nabihancakap
  3. pastuh sudi2 kan lah follow saye, sifu saya ( nabihancakap) dan rakan seguru saya (aeeinn_nun)
  4. last sekali, tinggalkan link kamu semua dikomen, so that kami dapat follow kamu semua semula :)
so, jangan tunggu lama2 untuk join k, tak rugi pon kalau join and tolong menolong antara satu sama lain. bak kata pakcik omputih tuh yang saya tak berapa nak sure nama penoh plus name bapak die, "sharing is caring". :)



Thursday, May 12, 2011

SEGMEN PH JOM BERKENALAN



di petang yang berbahagia nih, sambil bertemankan nescafe panas dan bunyik MP3 yang emo gila, saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya nak join segmen encik jay nih, jom kenal bersama PH. kenapa saya mau join? sebab encik jay jempot, saya pon join lah dengan hati yang terbuka sambil nak tambah kawan baru. :)

nak kenal saya tak? hurm, nama saya norizyana anak kepada encik alizal dan cik madam azura. saya anak sulong daripada 3 beradik dan satu2nya 'girl' okayy sebab dua lagi adik lelaki. saya seorang kakak yg sangat garang, dan juga anak yang sangat nakal. saya suka makan laksa, tapi laksa tak suka makan saya, dulu, kini dan selamanya and saya suke masak. sedap ke saya masak? ikot tekak sendiri sedap sokmo lah, tekak buaya, tekak orang lain entahlah. hik hik saya jugak sedang cuba menghabiskan degree dalam human resource management yang mana dengan izin Allah selesai pada akhir tahun nih. 

saya baru mula berbelog pada 6 march 2011, tahun nih. before this pernah ada tapi saya terminated atas sebab2 yang tak munasabah. hehehe so sekarang baru nak aktif dalam blogging nih. jadi bila dapat join segmen2 macamnih dapat jugak saya luaskan pandangan kan, kenal ramai lagi blogger yang lain dan kumpol kawan ramai2.

pada saya, blogging nih satu aktiviti yang sihat dan mengasah kreativiti kita sebagai penulis. selain tuh dapat juga kita gunakan blog sebagai medium untuk ketengahkan bakat kita tuh, atau mungkin jugak untuk ekspresikan idea dan juga pendapat kepada blogger yang lain. betol tak? so, tak rugi pon join segmen nih kan, gune jari je.... :p

jom kita memeriahkan segmen encik jay nih. semoga sukses selalu~

bile buat keja LAST MINUTE!!

assalamualaikum.

selamat hari khamis semua. saya baru bangun dari tidor yang lena penangan daripada buat keja last minit semalam pagi tadi. hambek kau! lecturer bagi berkurun, hari nih nak hantar hari nih jugaklah baru mengensot2 nak start buat. hoh! bile lah nak berubah -___- "

opsss! nih bukanlah kali pertama perkara nih terjadik, dah ber'time'2 dah, tapi tak serik2 lansong. kenapa?? sebab saya dan konco2 yang lain memang begitu. bila banyak sangat mase, malu2 je idea nak keluar, tapi bile dah kelam-kabot, mencurah2 ke ladang gandom. nasib baik lah kiranya tuh kalau mencurah2, kalau takde idea lansong? mati akal? otak beku? tak ke naye dibuatnya? ( eleh, kau ckp je lebih, tak insaf2 pon) menggigil lah kau kat situ dok pikir hape benda nak goreng lagik kan. toksah ler nak nipu teman nih. otai kot nih :p

bila cakap pasal keja 'last minute' nih, macam2 hal lah yang korang akan TERPAKSA hadap time buat keja nih. antaranya yang saya sendiri pernah alami ataupon kawan2 yang lain. meh saya share.

  • time tuh lah semangat nak tidor semakin membuak2, mata berat semacam, suasana bilik menjadi suram. memang tak boleh belah kalau mende tuh jadi kat saya, tension kot. kalau tak ada assigment boleh je layan belog, facebook, game sampai pagi, tak tidor lansong pon gamble je. tapi tang saat2 genting tuh, tang tuh la bijik mata nih rasa macam nak terkeluar je, takpon rase melekat sampai tak boleh nak bukak. bahaye, bahaye, don't do this at home, but you can do this at HOSTEL :p
  • time tuh la baru terasa yang assignment tuh susah tahap dewa, padahal sebelom nih usha2 nampak MACAM senang jek kan? kadang2 tuh saya rase soalan tuh bertukar ke, tak pon lecturer yg salah print, memang menggigil nyawa. pastuh mula lah perasaan menyesal datang melawat, ayat wajib keluar " kalaulah buat assignment awal2, kan senang...". hoh! daripada sem 1 sampailah sekarang, tak penah pon berubah. degil kan?
  • dah dapat idea yang marvellous gila, laptop pulak buat hal, jem lah, virus lah. sampai tak boleh bukak pon ada. pernah jugak jadi, dah baek punya curah semua idea dalam 'words' tapi terlupa nak SAVE, tiba laptop padam. :'( bila bukak dah hilang, macam tak buat apa2 lansong. apa lagik, makkkkkkkk.....tolongggggg! macam2 perasaan ada, rasa nak pengsan, nak buat2 pengsan, nak gila, semua ade. tuh la, buat keja last minute lagik, padan muka kau~
  • bila assignment dah siap, komputer kedai print tuh buat perangai lah pulok. tak boleh baca PDF lah, rosak lah, tak boleh nak print lah ( padahal keja kau memang print2 je), macam2 hal. kalau printer tak buat hal, tukang print pulak yang bikin panas. buat keja lembab nak mam***, kalah kura2, dapat pulak budak baru masok keja, butang print pon terhegeh2 nak tekan, memang hangin satu badanlah dibuatnya. dapat pulak kes, sampai kedai dah pukol 4.30, assignment nak anta pukol 5, tak ke rasa macam nak hempok orang je. tapi salah sendiri jugak, sape soh buat keja last minute, padan muka kau! lagi dan lagi~
tuh lah antara situasi2 yang pernah saya hadapi bila buat keja last minute nih, tuh kalau tang assignment lah, tang exam pon last minute jugak. hoh! terok kan? pernah bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali2 tertidor time study. paper pulak pukol 9 pagi, hambek kau, bangon2 teros mengensot carik buku nak sambong study. menggigil badan, sambil baca sambil fikir, apelah nasib haku dalam dewan exam kang -__- " ( bilelah nak berubah..)

ada orang memang boleh handle keja last minute nih tapi ada orang tak mampu dan mungkin tak boleh lansong. jangan berani ambik risiko lah kalau tak pasti kan, nak2 kalau tang assignment atau exam, masa depan tuh kan. so, kalau boleh janganlah jadik macam saya nih ye, kalau ye pon nak last minute janganlah last sangat. nanti menyesal tak sudah.

patotnya petang nih submit assignment pukol 4, tapi hujan lebat lah pulak, macamana nih. nak menapak gi print lagi, gi fakulti lagi, hadooyyy! hah, lagi satu masalah buat keja last minute. gasakkk!

                                  
kalau buat muka seposen camnih lecturer bagi penangguhan tak? :p

saye yg dolu vs. saye yg sekarang! ^^

dah lama saya tak bukak segala jenis laman sosial yang saya penah join dulu. friendster lah, myspace lah, tagged lah, macam2 sampai ada yang dah tak ingat. then semalam time sebok2 nak siapkan esaimen dan study untuk test pagi tadi, time tuh la terasa macam nak bukak segala benda tuh.

bila bukak, jumpa lah gambar2 lama2 dolu kan, time2 baru kenal dunia sosial, time2 baru nak naik lah orang kate. :p banyak gila kot perubahan dengan saya yang sekarang. pada pandangan mata saya lah. tak tau lah pada orang lain, sebab dolu saya "nerd" kot :p

nih gamba saya ciplak daripada friendster:


satu2 nye gambar pakai baju sekolah yg saye ade ;)



nih pon time ting 6 atas gak, thn 2007~



juge 2007~ ;)

muka memang skema kan, tak dinafikan saye memang tak pandai posing2 nih. malu time tuh, padahal tengok orang lain steady je. huhuhu tapi sekarang, pantang jumpe kamera, dah siap sedia posing dah. walaupon tak sehebat model2 tapi okeyy lah daripada saya yang dolu~ :p

nih pulak gambar waktu baru2 masok UNISEL. hoh! meriah sikit lah. hehehe~


merayap time~ 2008


sem 1, 2008


pertengahan sem 1, 2008


akhir sem 1, 2008

bila dah masok U, saye pon mule berubah sikit demi sikit. daripada skema jadi degil sikit, daripada buta fesyen kpd reti lah pasal fesyen sikit2. hurm, masa cepat berlalu tanpa saya sedar tinggal lagik satu semester je lagi sebelom saye habes belajar. rasa macam baru semalam masok unisel. huhuhu~

sekarang, dah pandai ber'belog' bagai, huk huk! peningkatan kan tuh? :) bak kata orang2 yang tak pasti sape nama penuhnye, "keluar daripada zon selesa ataupon kepompong kita kan?". barulah dapat bukak mata sikit tentang dunia luar dan isu semasa. time belajar, belajar bebetol jangan maen2, sebat kang. time main pulak, main lah betol2 jangan shy2 cat pulok :p


dah final year dah budak nakal nih~ :p

tengok tuh, semakin dah nak habes semakin kuat bergambar budak nih. haih! anak sapolah nih. tapi aktiviti macamnih pon kira riadah jugak kan. so, boleh lah layann~ ;)

till here then, nanti sembang kencang lagik bila idea saye yg paling bernas dah muncol. bui bui :)

terima kasih sudi baca.



Tuesday, May 10, 2011

cite BLUES yang tak ditapis?? hoh!

hoh! layan jugak citer blues korang nih kan? isk isk isk tak sabar2 nak open the door yee korangg nih. babap kang tawu lah kamu. video yang saya dapat nih daripada sumber yang boleh dipercayai dan sahih. saya tak sangka artis nih berlakon dalam cite blue's. terang2an pulak tuh. yang tak boleh blah, video nih menjadi tontonan umum. takde tapis2 pon. hoh! tak patot, tak patot. 

gosip hangat hari nih! layan..... zassss!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
click sini untuk video yang lebih jelas dan baek punya.
(huk huk, tak boley tayang terang-terangan, kono cokop den kang)

mana tau kot korang perasan muka artis tuh~

ada apa dengan PHD??

pagi nih saya nak kongsi sikit pasal penyakit PHD nih, penyakit hasad dengki yang memang dah lama wujud sejak daripada zaman nabi adam lagi. pantang tengok orang lain dapat lebih sikit, cantik sikit, atau senang sikit daripada dia. habes panas punggung tuh tak boleh nak dudok diam2. kenapa ek boleh jadik camtuh?

saya ni pon tak adalah baik sangat, ada jugak jealous kadang2 bila tengok orang tuh cantik, pandai ,kaya, dapat bf yang baik, bla bla bla. tapi tak adalah sampai nak berlawan2, nak jugak ada ape yang orang tuh ada dan nak tunjuk yang dia ada or dapat lebih. persaingan sihat ke tuh?

tak salah nak bersaing pon kan, tapi tengoklah jugak pada apa yang nak dilawan tuh. bukan semua persaingan tuh buruk, ada  jugak yang baiknye. contohnya macam, kita tengok si A nih pandai, selalu high score dalam class  dan kita jealous. pastuh, kita tengok cara dia belajar, atau mungkin tanya dia sendiri apa tips dia dapat result cemerlang? betol tak? then kita bersaing lagi untuk dapatkan result yang lebih baik kan. bukan ke bagus persaingan tuh. macam mak saya selalu pesan, " ilmu adalah harta yang tak ternilai harganya". so, tuntutlah ilmu selagi terdaya sebab ilmu tuh luas sangat dan banyak lagi yang belom kita explore~

tuh part persaingan yang sihat lah kan. yang tak sihat pulak camne? camtulah. hehehe :p okayy, kita letak si B nih seorang awek yang cantek, comey, sweet dan lain2 kelebihan sebagai seorang perempuan patut adelah kan. pakai apa pon nampak cantek dan pergi mana2 pon orang suka. si C nih pulak tak boleh la kot tengok ada orang lain lebih daripada dia. nak jugak ada apa yang si B nih ada, dan yang paling tak boleh blah si C nih suka gunakan kelemahan si B nih untuk perli2 segala. kenapa?? sakit hati?? tak puas hati?? nak buat orang lain rasa DOWN pulak, atau nak bagi orang tuh hilang keyakinan diri?

bila tang study takmo pulak bersaing2, tapi bila tang nak melawa, nak bergaya, nak glamour, bukan main lagi bersemangat nak bersaing. kadang2 sampai tak sedar tahap kemampuan tuh kat mana. sila berpijak dibumi yang nyata, sila bangon daripada mimpi yang panjang. dah sampai masanya untuk ubah cara pemikiran kita dan cara untuk kita menilai sesuatu. 

kita patut ingat dan sedar yang setiap manusia dicipta dengan keistimewaan tersendiri, juga ada kekurangan tersendiri. janganlah terlalu memuja dan mengejar keistimewaan yang orang lain ada dan tak menghargai kelebihan diri sendiri. kenapa perlu cemburukan dia sedangkan dia tak ada apa yang kamu ada. seorang sahabat pernah berkata, " jadikan kekurangan diri sebagai kelebihan kita, dan jgn sesekali anggap kekurangan tuh sebagai musuh kpd diri sendiri".

elakkan lah penyakit hasad dengki nih daripada terus menjalar ke dalam masyarakat dan juga generasi kita akan datang. lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. lebih banyak pahit daripada manis. dan lebih banyak duka daripada suka. 

terima kasih sudi baca :)

Terima kasih sifu :)

follower semakin bertambah, walupon naik sikit demi sikit, tapi alhamdullillah naik jugak daripada tak ada lansong kan? ;) sifu saya banyak ajar macamana cara nak bagi orang nampak kewujudan kita kat dunia blogging nih. mula2 susah nak ikut, tapi for the time being, lama2 saya semakin berani dan kreatif sikit kot dalam menggoreng idea2 samada yang bernas, kurang atau yang tak bernas lansong yang berlegar2 dalam kepala nih. 

apapun yang kita lakukan, kita harus ada guru, sifu, cikgu dan sebagainya kan? bak kata orang, malu bertanya sesat jalan. jangan berlagak pandai kalau pada hakikatnya kita nih kurang pandai. jangan sesekali "sombong bodoh",  sebab tak salah kalau sesekali kita rendahkan ego kita nih untuk mintak tunjuk ajar atau pandangan orang lain kan?

apapun, terima kasih kepada sifu saya, an.nabihan, yang banyak sangat share apa yang dia tau and apa yang dia rasa bagus untuk dijayakan. hehehe tidor dengan rasa puas, bangon tidor pon dengan rasa puas. so, just do whatever that you guys love to do, and put all of your heart on it, then see the result~

btw, sebelom tidor semalam follower saya 61# orang je, bangon pagi nih saya tengok, follower ke 62# adelah cik yaya yang suka melastik bintang katanye. jom meriahkan blog dia pulak ;)

terima kasih sudi baca :)

Abg Ben main mata dengan sayelah! ;)

ihsan abg ben ashaari :)

dear blogger, ;)

tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya perasaan saya sekarang nih, hanya ALLAH yang tau kenapa dan bagaimana. nak tau tak kenapa?? sebab saye menang loteri? menang cabutan bertuah? tak lah. tengok tajuk entry lah sikit der, abg Ben Ashaari follow blog buruk saya nih tau sebagai follower ke 42#. ^^

honestly, saya rasa terharu sangat abg ben sudi dtg ke blog mentah nih, follow dan promote lagi kat blog beliau. seriously, tak ada kata2 yang dapat gambarkan perasaan nih, happy and teruja kot. before this, blog nih sunyi je, mcm tak hidup je. tapi, saya teruskan jugak dengan berbekalkan apa yang saya tau, buat dan mahu. at least ade yang nampak effort sy tuh kan? alhamdullillah :)

hari nih dapat semangat baru, semangat berkobar2. chewah! jom kita sama2 berkongsi cerita dan idea. mana tau, boleh jadi blogger yang lebih dikenali dan disenangi jugak. ape pon, thanks a lot to abg ben ashaari :)

terima kasih sudi baca :)

Monday, May 9, 2011

"ikut hati mati, ikut rasa binasa"~

assalamualaikum.

saya baru pulang daripada melepak bersama seorang kawan dan berbicara hati ke hati. cewahh! :p ye, memang kami banyak bercakap tentang hati masing2. tentang pasangan masing2 dan tentang love life masing2. kat situ buat saya terfikir, kenapa kadang2 manusia nih tak reti nak menghargai apa yang dah ada depan mata, yang baik dan sangat sayangkan dia demi seseorang yg belom tentu akan sayangkan dia, menghargai dia dan melayan dia lebih baik daripada orang yg ditinggalkan tuh.

kenapa dia sanggup tinggalkan?? sebab perasaan ingin memiliki seorang insan yang lain sangat tebal dalam hati dan fikiran dan berpegang teguh pada alasan, " salah ke kalau kita nak dapatkan orang yang kita sayang?". emm,  tak ada yang salahnya dalam isu atau perkara berkaitan hati nih. benda tuh hak masing2 kan. kita berhak untuk hidup bahagia, berhak untuk mendapatkan apa yang kita nak, berhak untuk bersuara dan sebagainya. tuh hak asasi manusia kan?

tapi, apa akan jadi pada pasangan tangkap muat kita tuh? apa nasib dia bila kita tinggalkan dia? tak menderita ke dia? tak rasa berdosa atau bersalah ke bila kecewakan hati orang tanpa memikirkan apa akan jadi kat dia lepas tuh? berbaloi ke tinggalkan orang yang sangat sayangkan kita demi orang yang sangat kita sayang tapi tak tau nak menghargai perasaan kita? you have your own answer right? 

ibarat kata pepatah, " yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", jangan sampai menyesal di kemudian hari bila orang yg sangat baik dan kita dah tinggalkan tuh dimiliki oleh orang lain. waktu tuh, meraung, menangis air mata darah pon tak guna lagik kan? dia bahagia, sedangkan kamu menderita dan mungkin menyesal memilih orang tersebut. 

fikirlah dan buatlah keputusan sebaik2 nya sebelum mengambil sebarang keputusan. jangan terburu2 dalam memilih apa yang terbaik untuk hidup kita dan diri kita. perasaan sayang tuh boleh dipupuk even selepas nikah pon, tapi yang paling penting kita dapat pasangan yang menghormati, menghargai dan menerima kita seadanya. insyaallah dia akan menjaga kita sebaiknya dan tak akan mensia2kan kita.

orang tua pon selalu berpesan, " ikut hati mati, ikut rasa binasa". jangan salah pilih langkah, dan buat keputusan. hati memang tak pernah puas dengan apa yang ada tapi ALLAH kurniakan akal untuk kita berfikir dan menilai mana yang baik dan yang buruk. sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada ALLAH dan yang buruk daripada saya sendiri~



Terima kasih sudi baca :)

kesian mak~

Assalamualaikum.. :)

Baru balik daripada makan dengan mak, abah and my little brother. makan ditempat favourite mak and abah, macam biasa lah. yang tak biasanya ialah, mak dah tak boleh makan macam biasa. bukan lah tak boleh ngunyah sebab gigi dah tak ada, tapi sbb mak dah mula kena berpantang atas sebab2 kesihatan. sian mak :'(

tadi, mak senyum2 je pandang kat otak2 yang memang favourite dia tuh dengan harapan abah bagi lah dia makan otak2 tuh barang seketol dua. tapi, tau tak apa yang abah buat?? abah jaohkan otak2 tuh dpd mak, sian mak kan. bukan apa, mak tak boleh makan yang bukan2 lagi dah, abah tak sanggup tengok mak sakit lagik. sebab abah sayang kat mak. kan?

tapi..... punyalah baiknya anak nih, pegi hulur kat mak seketol otak2, takot mak kempunan :p abah pandang saya dengan muka bengis je. huhuhu tak sampai hati kot tengok mak teringin kat something tapi tak dapat makan. sebab mak saya memang kaki makan, bagi jelah hape jenis makanan pon, semua die belasah. tragis kot bila mak dipisahkan dengan makanan favourite dia, "satay".

nak dijadikan story, makcik meja depan tuh pi order satay pulok. mak pon ape lagi, tergugat habeslah iman dia. hoh! bila abah gi bayar makanan, dia pon senyap2 dan dengan kadar sepantas kilat bagi duit kat saya soh order satay sambil soh rahsiakan daripada abah. takot pulak tuh. hehehe tapi akhirnya kantoi gak mak, yelah dah habes makan, dah bayar siap sume, satay dia tak siap2 lagik. dengan muka comel, habes semua air mak sedut tanpa pandang muka abah :p hahaha sian mak kan. nak makan pon kena sorok2. tapi dia tetap nak salahkan abah sebab bawak gi makan kat tempat yang ada satay. abah jugak yang kena. hik hik hik

ihsan pok cik google ;)

pengajaran daripada kisah nih ialah, jaga kesihatan korang tuh baik2 sebelom sakit. jangan main belasah je segala jenis makanan sampai tak hengat dunia. kang dah sakit, tak boleh makan itulah, jgn makan ni lah, hah, kan dah susah. jadik la macam kes mak saye tadi :p so, jagalah kesihatan anda sebelom anda disakitkan~

terima kasih sudi baca :)

Panas gila kot hari nih. Fuh!

Hoh! Kepanasan matahari hari nih menggigit kulit saya yang nipis bak kulit baby tua nih. Adoyy! Dah lah class 3 jam dapat air cond macam nak mati je, hidop segan mampos tak mau. Tiga jam kot! Habes berair satu badan. dalam hati punyalah baran gila, tunggu lecturer yang tak reti nak berhenti membebel. Tak panas ke beliau? Konfius saya.

Tapi apekan daya, ahad nih nak test dah, and awal bulan 6 nanti final dah mula menjenguk dalam mimpi indah saya. Kacau ar, nak tidor sedap2 pon dah ibarat mimpi ngeri dah. Scary kot! Rasa macam baru je register minggu lepas. Tau2 nak final exam dah? Hoh! Masa yang mencemburui saya atau saya yang tak perasan masa tuh dok bersaing dengan saya ibarat larian 100m?

Niat hati nak bank in duit, so dengan gigihnya menapak ke petronas yang ade mesin cash deposit. Dia pon nak tambah baran saya, ROSAK lah pulok. Damn! Dah lah panas, jaoh pulok tuh. Hadoyy Kalau tau, baik balik je teros tadi. Rusak plan dahku.

Dengan hati yang panas bercampur dengan kebuluran tahap infiniti, menapak lagik ke bus stop. Ya ampunn, panas gila. Nak hujan kot! Tunggu punya tunggu bas, tak sampai2 jugak. Mogok ke hape pakcik drebar tuh. Hadoyy, otak dah terbayang surga loka saya dah. Tilam dan bantal busok. ;p

Setelah setengah jam penantian yang penoh dengan penyiksaan, sampailah bas yg ditunggu untuk menjempot kami. Dah macam sardin dalm tin dah saya tengok, kalah sardin. Tapi terpaksa redha, nak tunggu bas lain alamat pengsan lah kat sane. hoh! Tak sepatutnya berlaku kan. So, kitorang naik bas tuh, dan akhirnya sampai lah ke sorga loka saya nih. Wah, sekarang nak tidor, tidor dan tidor. Malam nanti nak berjuang utk esaimen pulok. Esaaimen and test submit pd hari yg sama pulak, reli kenot go lah. Okay, nnt cakap lagik. Nak manjekan mata ai nih kejap. bui bui ;)

pepanas bute pon nak posing gak. gasakkk! :p






Terima kasih sudi baca :)


Sunday, May 8, 2011

Selamat hari emak! ^^

Pada tanggal 23 Oktober 1998 1988, lahirlah seorang baby gurl yang sgt comel lagi cute yang diberi nama Norizyana. Baby tuh jugak merupakan anak pertama bagi mak dan abahnya, yang merupakan tanda cinta mereka berdua. Baby tuh sgt kuat menangis, pagi, petang, siang, malam, tak henti2 menangis sampai mak dan abahnya tak dapat tidor malam. Dah lah kuat melalak, lembik pulak tuh. Sikit2 demam, sikit2 demam. Hoh! 

Bila dah besar sikit, sikit je bukan besar banyak lagik pon, bukan main kuat lagi merajok budak pempuan tuh ( dah besar kan, so tak panggil baby dah. Geli kot! :p ). Kalau sekali dapat merajok, memang tak hengat dunia, bukan main susah nak pujok. Habes segala harte-bende mak abah dia, dihumbannya. Kurang kesedaran sivik betol budak pempuan tuh kan? Tapi, mak dan abah dia tetap sabar memujuk, belikan tora lah, ding dang lah, dan segala macam menan2 yang hot lah waktu thn 80-an dulu kan. Mesti korangg pon gila kompol menda alah tuh gak kan? hehe Takmo tipu2, dose :p

Budak pempuan tuh pun makin tambah membesar lagi dan lagi, tapi hanya pada angka semata lah bukan pada tubuh badannya ye. Harap maklum! Masih lagi pendek dan slim ye tuan2 dan puan2. ;)  Makin besar, makin mengade gila lah kan. Faham2 lah, anak sulung, lambat pulak tuh dapat adik. Memang mengade habes lah, sampai boleh muntah darah lah kalau korang ada kat tempat kejadian. Mulut makin pandai menjawab, ala2 lawyer kat mahkamah tuh, macam bontot ayam pon ada. Sepatah mak cakap, tiga ratus patah perkataan dibalasnya. Dah boleh jawab karangan SPM dah, memang konfem A++. :p

Masa mulutnya laju menjawab tuh, lansung tak terlintas kat hati die tentang perasaan mak dia. Sedih ke mak aku? Terasa ke mak aku? Kecik ati ke mak aku? Berdose ke aku? Derhaka ke aku?Tak pernah lansong terlintas kat kepala otak budak tuh. Teroknya anak~

Tapi, semakin budak pempuan tuh membesar, semakin dia mula merangkak2 memahami dan mula menyelami perasaan insan yang bergelar "emak" dan " abah" yang selama nih ibarat lilin yang membakar dirinya sendiri demi untuk menerangi kehidupan anaknya. Apapun akan cuba dilakukan, diusahakan, dan digigihkan asalkan anaknya mendapat kegembiraan dan keselesaan. Tapi, adakah anaknya tadi reti nak hargai pengorbanan emaknya? Tau ke dia mcamana nak menjaga hati emaknya?


buah hati pengarang jantung saya. syg mak ketat2~


Emak, terima kasih sebab sanggup mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan Eg mak. Terima kasih sebab sanggup bersengkang mata dan bersusah payah menjaga Eg waktu Eg sakit, dan mak sentiasa ada waktu Eg memerlukan mak. Waktu Eg kosong, sunyi, sedih, sakit hati, mak sentiasa ada untuk bagi sokongan yang tak berbelah bagi. 

Terima kasih mak sebab tak pernah penat dan malas bagi nasihat dan marah kat Eg setiap kali Eg buat salah ataupun leka, kalau mak tak pedulikan Eg, dan mak biarkan je apa yang Eg buat tanpa halangan, tak mungkin Eg pandai menjaga diri sehingga ke hari nih mak. Eg sangat bersyukur sebab Eg jadi siapa Eg hari nih, semua adalah dari hasil didikan "emak" dan "abah". Tanpa mak, siapalah Eg. Terima kasih mak untuk segalanya. Semoga Allah panjangkan umor mak, permudahkan rezeki mak, dan mengurniakan mak kesihatan yang baik. Eg sayang mak sampai syurga!

Selamat hari ibu mak :)

Terima kasih sudi baca :)




Saturday, May 7, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011



Assalamualaikum :)

Saya hanya blogger tak berapa nak matang yang nak berjinak2 dalam dunia blogging nih. So, nak cuba join segmen abg Ben ashaari. Kalau boleh nak berguru sekali. hik hik ;)

Jom kita join ramai2. Sapa2 yang mau join jugak boley melemparkan jari jemari kamu di sini yaa. Tak rugi pon kalau join, boleh tambah kenalan ade lah kot. :)

Wednesday, May 4, 2011

Mencintai tak semestinya memiliki~



Jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Tuhan.
Tapi, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya sayangkan dia.
Patah tumbuh hilang berganti, walaupun tak diganti dgn yg sama, tapi insyaallah yang lebih baik.

Belajarlah menerima hakikat, dan jangan menyesal dengan setiap keputusan yg kita sendiri buat.
Percayalah, disebalik setiap kepahitan yg Allah berikan, ada secebis kemanisan yg tidak terhingga nikmatnya.