Thursday, April 28, 2011

Segmen: Kenali Diri Dari Miss Fyqa

Saya nak join segmen yang dianjurkan oleh Miss Fyqa nih, yang mana bertujuan untuk saling mengenali antara blogger. Segmen nih sangat bagus untuk merapatkan silaturrahim kan? :)



Jom mula mengenali diri saya yang tak berapa nak famous nih:

1) Nama glamour saya dalam dunia belog nih?

Norizyana Alizal, nama penuh saya bagi kan?
 izyana kepoh pon boleh dikira nama glamour jugak kan? he he he

2) Asal daripada?

Negeri Sembilan

3) Hobi saya?

Saya suka makan, saya suka main game kat facebook,
saya suka karaoke dan saya suka menyakat orang :p

4) Kenapa saya suka berbelog?

Sebab saya suka baca blogwalking and I used to be a stalker di suatu masa dahulu.
Then saya rasa berbelog nih agak best,
dapat kongsi opinion saya and dapat banyak info yang berguna daripada blogger lain.

5) Blog faveret saya?

Blog faveret saya adalah:

- Yuyu Zulaikha, sebab dia sangat spontan dalam mengeluarkan idea.
sangat enjoy baca penulisan beliau.

- Lyana Hisham, sebab dia sangat cantek okayy, sentiasa tunggu entry baru beliau. 
So sweet ;)

6) Blogger terhangat yang saya pilih untuk dicop mohorkan adelah :




Jom kita join segmen nih, tarikh tutup 30 april 2011. :)

Entry rojak!

Hari nih hari Rabu kan? Bermakna, sepatutnya dah takde kelas dah besok, lusa, tulat, tubil dan bla bla bla. Itu juga bermakna, saya boleh balik berpoya2 kat rumah dan bersenang-lenang ala2 bujang senang. 

Tapi malangnya, lecturer tuh tersangatlah rajinnya nak buat replacement class untuk kelas yang tergadai minggu lepas plus hari isnin depan, cuti hari buruh. Alahai, terpaksalah redha menerima hakikat yang saya tak boleh balik bercuti minggu nih. Pastuh, kena prepare untuk presentation sabtu nih gak, OSH Law.

Kenapa saya suka balik rumah?? Sebab kat rumah, tak payah susah2 pikir nak makan apa, asal lapar je geledah je dapor tuh, konfem jumpa jajan2 yang memang mak rajin beli untuk memenuhi keperluan perut saya yang memanjang kebulur je nih. -_- ' 

Pastuh, kalau kat rumah sewa, haruslah basuh baju secara manual kan, sedangkan kalau kat rumah, dengan sendirinya baju tuh dibasuh. Tau2 tinggal nak jemur je, tak payah susah2 menonggeng2 dan berhempas pulas dok sental baju2 segala tuh. Dah jimat tenaga kan. hehehe

Ada lagi, sebab kat rumah dapat menonton tivi dengan jayanya, dengan clearnya dan dengan kusyuknya. Almaklumlah, tivi kat rumah nih sangatlah antik dan klasik ye, nak cari channel punyalah senang. Dah tuh, tengok tivi hanya bergantung pada suaranya semata2. Sabor jelah. huhuhu +_+

Tapi, apa yang bestnya duduk kat sini? Best sebab ada member2 yang sekepala, memang kecoh gila. Boring2, boleh gak layan camwhore dengan diorang kan, sebab tuh adelah hobi bersama kami. huhuhu Bila diorang takde, memang sunyi habes ah sebab dah biasa hidup dalam suasana bising.

Tuh la, setiap perkara tuh ada baik dan buruknya kan. Baru lah berwarna sikit kehidupan nih. takdelah semua benda baik, best je memanjang kan. Tak mencabar lah. hehehe

Aktiviti saya dan kawan2 saya hari nih: 

 
rajin tak?? nak balik cepat, kenalah siapkan keja cepat. hehehe


after finish our presentation draft.


selalu tak jumpa kelas walaupon dah hampir setahun kat sini :p


yang penting kita enjoyyy...;)


penjara hati..:p

unisel next top models :p



muka kenyang :)


classmate, roomate n best buds eva :)





with kak ain syg..


Tunggu pakcik drebar bas amik nih. lambatnye. :p


Till here then. Nak tido dulu sebab besok nak menggantikan kelas bersama lecturer yang rajin tuh kan. Nite, jangan nakal2 tau ;)

Terima kasih sudi baca :)

Friday, April 22, 2011

AF9: Gugurkan je bebudak tuh!

Assalamualaikum.

Salam hari jumaat semua readers. Hari nih imam dari mekah kan, SHEIKH ABDUL RAHMAN AS-SUDAIS mengimamkan solat jumaat kat masjid wilayah persekutuan, Kuala Lumpur. Alhamdullilah.

Hari nih saya nak bergosip yer, atau kata indahnya nak tambah dose kering je ptg jumaat nih. Astaghfirullah.
Ekceli, saya tak nak sentuh and ambik port sangat pon pasal budak2 AF9, musim terakhir nih. Tapi sejak saya tengok diari AF hari rabu hari tuh, perghh, tak boleh blah budak2 nih. Over nak mam***.

Konsert last week kan Pak Nil ada umumkan pasal pengguguran student and kemasukan student baru kan? So, for sure nak naikkan semangat juang budak2 sedia ada tuh kan sebab diorang nih memang PEMALAS. Lagu satu je pon seminggu, tu pon tak mampu nak bawak ke? Cuba tengok mentor tuh ha, 3 lagu lagi, steady je dorangg. Mantap gila persembahan, tapi takdelah glamour sangat macam AF kan. Harapkan muka je lawa + hensem. Lawa ke? Hensem ke? Tapi bukak je mulot, hampeh!

So, nak dijadikan  cerita, on that day, diari rabu kalau tak salah saya, sorang bakal student dibawa masuk dalam akademi, FIR. Semua budak2 AF tuh boleh buat muka dan tak sambut budak tuh dengan baik pon. Cuma Amir sorang je yang layan budak tuh and tunjukkan sekelililng rumah kaca tuh. Tapi saya rasa, tuh pon sebab Amir kenal budak tuh, kalau tak, memang tak lah kan.

Then, si Kay ngan Erul yang bajet hot tuh, dengan bangga berkata, " Jangan haraplah sapa2 kat luar sana nak rampas tempat kitorangg...". Hello, kalau korang rasa korang dah cukup hot, buat apa nak gigil beb, biarlah ops gugur teruskan misi dorang. Memang AF kali nih indah khabar dari rupa je, memang lemau gila tak macam musim lain.

Cuba korang fikir, kata nak sangat jadi penyanyi, sampai melalak2 sakan nak masuk AF. Tapi bila dah dapat masuk, gaya je lebih, suara ke laut. Ape kejadahnya! Setakat satu lagu, macam nak mati je tengok nak bawak sampai habes. Susah sangat ke menyanyi nih, nak2 pulak diorangg tuh kononnya minat sangat nak jadi "arts" nih. Bukan ke kalau ada minat, semua jadi mudah?? Contoh paling dekat, Stacy, daripada first week sampai final memang mantop. Tak da masalah pon kan.

Tapi AF kali nih, sorry to say lah, malu kot tengok korang nya persembahan. Syok sendiri. Tapi bukan semua lah tak best, ada jugak yang best macam Lena, Erul, Azri. Yang lain2 tuh suam2 kuku je, kena banyakkan usaha lagik.

So, kesimpulannya, saya sangat bersetuju dengan ops gugur pelajar AF9, supaya Af kali nih dapat capai matlamat, untuk melahirkan artis yang hebat untuk musim akhir nih. Cantas je yang tak improve2 tuh, buat apa nak simpan lagi. Mengabih an bogheh yo.

Okayy lah, till here then. Tak sabar nak tengok budak2 AF yang bersemangat esok. Yelah, nak selamatkan diri daripada kena gugur kan. Wait and see how their performance.

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, April 20, 2011

Aku lebih tahu

Aku Lebih Tahu - Mila

Ku tahu,
Kau bukan lawan untukku,
Sampai ku harus cemburu,
Fikirkan dirimuuu...

Bukan mahu, cuba dabik dada denganmu..
Siapa dia kasihku, aku lebih tahu....

Dalam cinta, harus saling percaya..
Dalam cinta, harus berani pasrah..
Dalam cinta, harus janganlah goyah,

Dalam cinta harus sejiwa, saling PERCAYA..

Dunia percintaan nih memang sangat indah, segalanya nampak sempurna tanpa cacat cela terhadap antara satu sama lain terutamanya di awal perhubungan. Tapi pada hakikatnya, CINTA jugak mampu membawa kepada kemudaratan. 

Bukan semua yang kita impikan akan jadi kenyataan, tapi tak ada apa yang mustahil selagi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik dan untuk mendapatkan yang terbaik. Bukan semua perhubungan berakhir dengan kebahagiaan macam cerita fairy tale dolu2, cinderella lah, snow white lah, yang pasti ending ceritanya mesti mereka dapat cinta yang sejati. Putera raja pulok tuh, haih, nasib badan. Dah nama pon cerita dongeng, konfem tipu. hahaha :p

Cuba hayati lirik lagu kat atas, "Aku Lebih Tahu" by Mila, kita harus ada keyakinan terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Tanpa keyakinan, tak ada satu power pon yang boleh bawak hubungan korang kemana2. Kita juga mesti sentiasa mencuba untuk memahami pasangan kita, dan kenali DIA dengan lebih dekat lagi. Bila kita dah kenal hati budi pasangan kita, keyakinan tuh akan wujud dengan sendirinya. Sepatutnya, kita lebih mengenali dan membaca hatinya lebih dari orang lain.

Sekali kita ambil keputusan untuk menerima cinta seseorang dalam hidup kita, bersedia dan hadapilah segala dugaan dan kemungkinan mendatang dengan tabah hati. Bak kata pepatah, ' Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai', 'Kalau takut terbakar, janganlah bermain dengan api'. Hadapi apa yang ada di depan mata dengan redha samada suka atau duka. Itulah jalan yang kau pilih, jadi, teruskanlah dengan jalanmu itu.

Orang kata, dalam cinta harus saling percaya, tapi janganlah sampai 100% kita bagi, simpanlah 40% lagi untuk diri sendiri. Dalam cinta harus gala berani pasrah dengan apa cabaran sekalipon dan yang paling penting sekali, dalam cinta jugak harus ada kesefahaman dan keserasian supaya hubungan nih berkekalan hingga akhir hayat.

Apa guna bercinta kalau tak ada kepercayaan, kejujuran dan yang paling penting kesetiaan antara satu sama lain. Tak mungkin kita nak bernikah dengan lelaki atau perempuan yang bukan hanya sebab sayang semata2, tapi dia boleh dipercayai dan kamu yakin dialah orangnya yang tepat untuk hidup bersama susah dan senang bersama sehingga ke akhir hayat. Amin.

Jadi, bercintalah berpada2, jangan terlalu berlebihan hingga memudaratkan diri sendiri dan masa depan. Cintailah Allah, ibu bapa dan rasul, hargai diri kamu sendiri. 

Terima kasih sudi baca :)

Diet : kurang + tambah berat badan

Orang perempuan memang sinonim gila dengan perkataan "diet" nih kan bagi memastikan yang diorang dapat membentuk, mengembalikan ataupon mengekalkan bentuk badan yang cantik dan sehat. Kelass kau maria, hot stuff gitu :p

Haip, tapi bukan orang perempuan semata yang sibuk2 berdiet sampai tak sentuh nasik, eskrem, KFC, McD, makanan berlemak2 dan yang sewaktu dengannya. Orang lelaki pon diet jugak, biasanya untuk kempiskan perut yang dah mula mem'boroi' macam mengandung 9 bulan, takpon nak dapat body macam Malik Noor tuh an. hehehe


Biasanya masalah berat badan nih berpunca daripada pemakanan yang tak sihat dan mungkin jugak gaya hidup kita sendiri. Cuba bayangkan kalau dah sehari suntuk asyik mengunyah je, pantang nampak makanan macam pirana gi belasah makanan tuh, pastuh makan tido, makan tido, macamana tak gumuk kan? Selain daripada tuh, biasanya orang yang dah kawen nikah dan beranak pon senang sangat nak naik berat badannya. Sebab saintifiknya memang saya tak tau lah, sebab saya budak HR je pon bukannya medic kan.
Tapi pada pendapat saya, mungkin sebab hati senang kot sampai selera makan tak hengat punya. Bila badan dah kembang setaman, barulah menggigil nak exercise, telan obat kurus, puasa sunat, dan macam2 lagi ah.

Hah, tadi tuh pasal orang gumuk heboh nak kurus. Nih pulak pasal orang kurus nak gumuk, apo cer? Contoh macam saya nih ha, saya pelik sangat bila dengar kebanyakan orang disekeliling saya nih heboh nak kurus, nak kurus, nak kuruss. Padahal saya nih hah sampai mati akal dah fikir camne cara nak gumukkan badan.

Macam2 cara saya cuba, makan tido, makan tido sampai saya tak larat nak tido dengan makan dah. Pastuh, saya dok telan semua makanan yang tinggi kolestrol, yang "LOW FAT" pulok, sorry la der, saya tak layan ah mende makanan yang "LOW FAT" nih. Sebab saya nak tambah berat badan dan lemak, bukannya kasik kurang saya punya lemak kan. Tak cukup dengan tuh, saya beli pulak supplement bagi kasi naik berat saya dengan badan saya nih. Antara supplement yang penah saya beli, Appeton Weight Gain dengan Gain Eight. Tapi, badan tak naik, poket pulok makin nipis. Mahal gila semua supplement tuh, tapi hasil memang tak memuaskan, sabor jelah.

Tapi, sebenarnya cara saya tuh memang salah, nak naikkan berat badan bukan dengan makan makanan yang berkolestrol tinggi, tapi makan makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang secukupnya. Kalau tambah kolestrol, kang penyakit lain pulak datang sebab kolestrol adalah punca lemah jantung. Jadi untuk kurangkan kadar kolestrol dalam badan, sila lah makan Quaker Oat pada setiap hari untuk memastikan jantung sentiasa sihat. Selain tuh, saya tak boleh biarkan perut lapar, sebab proses mem'bakar' lemak akan menjadi lebih cepat. So, makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap adalah yang sebaiknya.

Bagi orang yang berhasrat nak kurangkan berat badan pulak, jangan sesekali tinggalkan nasi sebab nasi adalah makanan utama yang bekalkan karbohidrat kepada badan dan menghasilkan tenaga. Kalau tak makan nasi, lepas tuh exercise berat, boleh pengsan dan memudaratkan tau. Disamping tuh, banyakkan minum air putih bagi mengelakkan badan kering. So, kalau nak diet makesure disiplinkan diri untuk makan mengikut keperluan badan, bukannya mengikut nafsu dan amalkan senaman untuk menyihatkan badan.




Orang kata, nak gumuk senang je, tapi nak kurus susah gila. Tipu ah, saya nih tak gumuk2 pon, ape cerita der. Tulah, bila kurus nak gumuk, bila dah gumuk heboh nak kurus. Manusia nih memang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan sentiasa nak yang lebih baik kan,  camtulah lumrah alam. Saya tak merujuk kepada siapa2, tapi kepada diri saya sendiri yang kadang2 macam tak bersyukur dengan apa yang ada. Apapun, yang baik datang daripada Allah s.w.t, dan yang buruk datangnya daripada saya.

Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, April 19, 2011

My first class :)

Hari nih, bermula first class saya, subjek Bussines Ethic. Lecturer untu subjek tuh, agak best jugak ah, macam penglipurlara pon ada. Punya banyak cerita dia bagi, fuh, sampai tak sedar class dah habes. Hebak kan lecturer tuh, pakai minyak senyonyong ke hape.

Banyak ilmu dan perkara baru yang saya dapat hari nih yang berkenaan dengan etika lah kan. Nama pon masok kelas etika, takkan belajar memasak pulok kan. Bercakap pasal etika, korang tau ke apa yang dimaksudkan dengan etika? Macam selalu dengar kan?? Memanglah ketinggalan zaman lah kau kalau tak penah dengar perkataan "ETIKA". Dulu pegi sekolah buat apa hah kat dalam kelas, main batu seremban ke hape sampai etika pon tak tau. hehe Jangan marah haa. :p Macam2 ada, etika perubatan, etika di tempat kerja, etika perniagaan dan macam2 jenis kod etika lagi lah. Almaklumlah, baru satu kelas, buku pon tersimpan cantik je kat dalam kotak lecturer lagi, tak boli lagi lah maksudnya ye :p

Sebagai contoh ye, adakah beretika kalau heboh dok snap gamba kat belakang masa lecturer kat depan sebok potpet..potpet.. Jawapannya.....tettttt.. Memang tak beretika lansong. Tapi disebabkan saya dengan 3 orang lagi budak senget tuh sememangnya degil dan kepala batu-bata, maka kitorang dengan selamba badak jelah main snap2 kat belakang. Haip, bukan jahat lah, nakal sikit je. hehehe Tapi, hari nih pon tak belajar sangat, so boley main2 lagi. Next class, saya akan transform jadik budak baik ;)

Jadi, hasil daripada aktiviti bebas saya dan 3 budak senget lain, maka terciptalah satu hasil seni yang sangat menakjubkan dan bakal menggemparkan dunia. hahaha Nampok sangat nipu kan? hehehe 
Nak tengok apa hasilnya??? Korang terjah lah satu2 ;)



kami 4 sekawan :)

aan, my roomate

she's very cute rite? :p


Nih pon saya tak upload sume, takut kang korang muntah pulak kan tengok gambar banyak2. Cukuplah2 tuh ye, simpan sendiri nak tunjuk kat anak cucu besok2 kang. Time tuh boleh lah berbangga kan, nenek pon pandai yo bergayo sakan dulu bukan kau yo. hehehe Kelass kau maria! :p

Till here then, nak belasah megi jap, kelaparan la pulok lepas cite pasal makanan dengan sorang budak tuh. Perut nih memang mengade. huhu Sabor jelah +_+

Terima kasih sudi baca :)