pagi nih saya nak kongsi sikit pasal penyakit PHD nih, penyakit hasad dengki yang memang dah lama wujud sejak daripada zaman nabi adam lagi. pantang tengok orang lain dapat lebih sikit, cantik sikit, atau senang sikit daripada dia. habes panas punggung tuh tak boleh nak dudok diam2. kenapa ek boleh jadik camtuh?
saya ni pon tak adalah baik sangat, ada jugak jealous kadang2 bila tengok orang tuh cantik, pandai ,kaya, dapat bf yang baik, bla bla bla. tapi tak adalah sampai nak berlawan2, nak jugak ada ape yang orang tuh ada dan nak tunjuk yang dia ada or dapat lebih. persaingan sihat ke tuh?
tak salah nak bersaing pon kan, tapi tengoklah jugak pada apa yang nak dilawan tuh. bukan semua persaingan tuh buruk, ada jugak yang baiknye. contohnya macam, kita tengok si A nih pandai, selalu high score dalam class dan kita jealous. pastuh, kita tengok cara dia belajar, atau mungkin tanya dia sendiri apa tips dia dapat result cemerlang? betol tak? then kita bersaing lagi untuk dapatkan result yang lebih baik kan. bukan ke bagus persaingan tuh. macam mak saya selalu pesan, " ilmu adalah harta yang tak ternilai harganya". so, tuntutlah ilmu selagi terdaya sebab ilmu tuh luas sangat dan banyak lagi yang belom kita explore~
tuh part persaingan yang sihat lah kan. yang tak sihat pulak camne? camtulah. hehehe :p okayy, kita letak si B nih seorang awek yang cantek, comey, sweet dan lain2 kelebihan sebagai seorang perempuan patut adelah kan. pakai apa pon nampak cantek dan pergi mana2 pon orang suka. si C nih pulak tak boleh la kot tengok ada orang lain lebih daripada dia. nak jugak ada apa yang si B nih ada, dan yang paling tak boleh blah si C nih suka gunakan kelemahan si B nih untuk perli2 segala. kenapa?? sakit hati?? tak puas hati?? nak buat orang lain rasa DOWN pulak, atau nak bagi orang tuh hilang keyakinan diri?
bila tang study takmo pulak bersaing2, tapi bila tang nak melawa, nak bergaya, nak glamour, bukan main lagi bersemangat nak bersaing. kadang2 sampai tak sedar tahap kemampuan tuh kat mana. sila berpijak dibumi yang nyata, sila bangon daripada mimpi yang panjang. dah sampai masanya untuk ubah cara pemikiran kita dan cara untuk kita menilai sesuatu.
kita patut ingat dan sedar yang setiap manusia dicipta dengan keistimewaan tersendiri, juga ada kekurangan tersendiri. janganlah terlalu memuja dan mengejar keistimewaan yang orang lain ada dan tak menghargai kelebihan diri sendiri. kenapa perlu cemburukan dia sedangkan dia tak ada apa yang kamu ada. seorang sahabat pernah berkata, " jadikan kekurangan diri sebagai kelebihan kita, dan jgn sesekali anggap kekurangan tuh sebagai musuh kpd diri sendiri".
elakkan lah penyakit hasad dengki nih daripada terus menjalar ke dalam masyarakat dan juga generasi kita akan datang. lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. lebih banyak pahit daripada manis. dan lebih banyak duka daripada suka.
terima kasih sudi baca :)
perli memerli!! benci betul. belajarlah ikhlas sikit.
ReplyDeletetu laaa. PHD yang sungguh tak baik :)
ReplyDeletesaya dak PHD?
ReplyDeleteapahal? nak baling kusi, baling la...hahahaha
tapi PHD saya untuk majukan diri saya terus berjaya..PHD cara dak baik..hehe
aan: phd ssh nk delete :p
ReplyDeletesalimah: ade pro n cont nye..;)
ain: bagus3 :p keep it up~