Assalam and happy tuesday everyone. <3
Masyaallah, lama sangat tinggalkan belog buruk ni. Dah lah buruk makin bersawang pulak tu. シ
Last update tahun 2012, which is sooooo long. Sekarang dah end of 2016. Lot of things change, status , career dan semua lah. Iols dah matang okay hahahahaha (mohon percaya) :p
Ada masa sikit tergerak hati nak stalk belog sendiri, motif sebenar belum dapat dikenalpasti. hahahaha Mula membaca post-post lama, sambil dalam hati pelik kenapalah aku tulis macamtu, kenapalah aku post gambar tu. Maigoddd! So kelakar. Rasa nak delete semua post (pengsannn).
Times flies, aku pun dah bersuami, and dah semakin muda eh.... tua ke muda? hahahahah whatever!
So, lepas nih aku rasa nak mula aktif blogging balik. Nak share apa yg boleh aku share. Tambah kawan-kawan baru lagi. hehehe
Aku suka je bercakap, cuma tulah kadang-kadang topik aku tu tak alligned dengan pak suami, so tetiba je boleh jadi tom and jerry. hahahaha so baik aku merapu kat sini, paling- paling pun korang tak dapat lah nak berdebat dengan aku beria-ria macam suami aku tuh. hahaha stress hakak :p
Sekarang dah mula feeling mak-mak, perangai pun ada lah sikit-sikit camtuh walaupun kadang-kadang sengal seumur hidup tuh masih ada. Susah betul nak buang. So, ada banyak lah benda nak share, macam resepi kem tips-tips rumahtangga dan sebagainya. Gituuuu.
Okay, till here. Nanti hakak tulis lagi. See youuu when i see you. Muaxxx
Tuesday, December 6, 2016
Wednesday, April 4, 2012
Sesaat Kau datang (Ramlah Ram ft Sleeq)
I just love this song.
The lyric, music & singer for sure.
So, enjoy :)
Sesaat kau datang
Sesaat kau hilang (Ramlah Ram)
Kemunculan dirimu
Penuh misteri
Kau mendekat
Kau menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku
(Alif)
It’s not that i dont love you
I just don’t want to hurt you
I can’t let go of all the good times we share together
(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha…
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Ain’t nothings easy I hope you understand me girl
Nothings easy girl
Ain’t nothing in this world
Could ever compare to what we had
What’s gone
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha…
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapiku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku harap ada karma yang datang
Kepadamu
Kepadamu
Sunday, February 5, 2012
tak seindah malam kelmarin~
sahabat,
ku harap kau tahu betapa dalam syg aku pada persahabatan kita,
betapa aku rindu pada ukhwah kita yg kukuh dulu,
betapa aku mahu ikatan itu masih seperti itu,
malar dan segar.
sahabat,
aku bukan malaikat,
aku hanyalah hambaNya yang lemah dan hina,
hamba yang kadang hilang pertimbangan.
sahabat,
maafkan khilaf aku samada yang aku sedar atau tidak,
aku tak terdaya menolak semuanya dari berlaku,
aku tak berdaya berhenti dari melukakan hati kau.
sahabat,
aku lepaskan kau bersama mereka yg lebih menyayangi kau,
bebaskan kau kepada mereka yg lebih menghargai kau,
kita sama2 sedar yang malam ini tak seindah malam kelmarin.
sahabat,
hanya Allah yang tahu betapa aku pernah sayangkan kau dan persahabatan kita,
walaupun kau tak pernah tahu,
aku sayangkan kau.
sahabat,
terima kasih untuk segala memori indah dan duka,
terima kasih untuk segala-galanya,
semoga Allah berikan yang terindah untuk kau.
masyaallah~~
Thursday, November 3, 2011
Jangan menangis untukku.
mood: flashback all the memory~
Tuesday, August 16, 2011
cinta tanpa madah.
terkadang manusia itu dilahirkan tanpa keindahan madah,
namun kadang dia punya keindahan hati yang mana tidak tertanding sehebat kata-kata,
terkadang lidah menjadi selemah anggota,
tak mampu menyusun walau sepatah kata keramat yg dinantikan,
cukuplah sekadar mencintai dengan sepenuh hati yang ikhlas,
sekadar dua hati kita saling memahami,
tak perlu ada kata yang mendefinisikan CINTA itu.
:: love ::
Thursday, July 28, 2011
Its okay Harimau Malaya, you have did a good job.
baru lepas tengok bola, malaysia lawan singapore. walaupon malaysia kalah dengan agregat 6-4, tapi malaysia dah buat yang terbaik dan sehabis baik. lebih baik daripada sebelum nih tak bermaksud harus menjadi tersangat baik kan? perubahan tuh mengambil masa dan sokongan daripada kita semua tuh penting sangat.
kalau kita kecewa malaysia kalah, diorang yang main tuh apatah lagi. dalam hati diorang, hanya Allah yang tahu betapa diorang nak menang, kecewa, sedih dan tak nak kecewakan seluruh penyokong pasukan Harimau Malaya. tapi biasalah, kalah menang adat bertanding. dan Harimau Malaya tak mengecewakan kita. at least, kalah dengan bermaruah.
its okay Harimau Malaya, you did a good job. try more harder next time. there is always have a chance for people who have spirit and determination to success. we always support you :)
Tuesday, July 26, 2011
be carefull!!
bangun pagi, hidung tersumbat. damn it! time ni lah kau nak buat hal dengan haku. dah la hari nih macam2 keja nak buat. tengah sibuk dok layan hidung yang tersumbat, tiba-tiba phone berbunyi. ada budak entah daripada unibesiti mana call saya kata nak jumpa saya sebab nak buat research. research sampai buat personal date?? research pasal hape lah agaknya tuh ek.
so, saya kata okay, pukul 5 ptg kat UNISEL. tapi mamat nih demand lah pulok, kata kat UNISEL bising. dah tu, kau nak buat kat mana?? kat rumah kau?? then, saya cakap, kalau tempat lain memang jangan haraplah saya nak pergi, kalau awk nak jumpa saya and nak pinjam sikit masa saya, come to my place. then he said okayy.
see? bukan saya nak kata budak tuh pembohong or hape, cuma something not right is happening right now. so, why don't we just be careful right. here and there ada budak buat research. even me too doing a research for my final semester but do we have to meet people personally??? i don't think so, tambahan pulak sekarang nih macam2 hal, bukan semua manusia boleh nak percaya. even diri sendiri pon kadang2 tak boleh percaya jugak. kan.
so, just be careful. people nowadays practice a lot of trick that could harm us. jadi hati-hatilah yee. jangan terlalu mudah mengangguk pada apa orang cakap.
till here then, nak siap untuk ke kampus. daaa.
OMG! sumpah comeyy gila tupai terbang nih.
baru kejap tadi housemate saya balik daripada tengok wayang kat JJ bukit raja dengan kakak dan incik bf dia. then, nak tau apa yang dia bawak balik?? sesuatu yang sangat special okayy, and sangat comel. guess what???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaaa...
sugar glider @ tupai terbang
sumpah comel gila okayy, badan dia lembik-lembik, bulu dia ala2 habuk kipas yang tebal lagi hitam tuh, mata dia bulat macam bijik buah mata kucing, pendek kata me,ang geramlah tengok menatang nih. dah tuh sikit punya lasak tak hengat, melompat sini, melompat sana. plus gatal pulak tuh, habis merayap satu badan :p
ekceli, nih first time pegang tupai nih, before this takut plus geli. yelaaa, dia kecik sangat kan. saya nih dah lah ganas, kang picit2 kang, mati pulak binatang tuh. tapi, lately, sifat keibuan mula terserlah sikit demi sikit, so, kira boleh lah layan kan.
tapi tak sangka, perasaan dia best sangat. rasa tenang je tengok dia, hilang masalah sekejap. teringin nak sekor, tapi tak mampu lah pulok. ;p kalau lah ada orang nak sponsor kan, alangkah bahagianya. tapi, incik kekasih pernah mengeluarkan statement yang berbunyi, "toksah lah berangan nak bela binatang2 tuh, diri kamu sendiri pon tak terjaga, menganiaya binatang tuh je nnt". sabar jelah. yee, mungkin betul, saya nih belom boleh bela binatang2 yang super sensitif macam tuh lagi, kalau terlupa nak bagi makan ke, bersihkan ke, kesian kat binatang tuh kan? ;) so, maybe next time.
comeyyyy nyee.....
till here then, nak tido. be good. daa. :)
23 ciri orang yang mencintai kamu.
sekadar mahu berkongsi apa yang menarik minat dan perhatian saya. bagi saya, cinta tuh sangat subjektif yang mana ia boleh ditafsir dalam berbagai maksud dan pemahaman. ada orang senang sangat ucap cinta, tapi ada orang macam ada batu dalam mulut setiap kali nak sebut perkataan "cinta". tapi hakikatnya, cinta boleh diungkap bukan dengan hanya kata-kata, tapi daripada apa yang kita lakukan setiap hari. jom baca :)
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.
6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.
14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.
21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta
::mungkin saya sudah dapat seseorang seperti itu, tapi adakah DIA betul2 untuk saya. hanya Allah yang maha mengetahui setiap kejadian. wallahuallam. ::
Monday, July 25, 2011
Biarkan.
::penat bersabar::
::penat cuba, belajar, dan terus memahami::
::biarkan::
::setiap manusia punya haluan sendiri::
::siapa saya untuk memimpin sedangkan diri berjalan senget::
::siapa saya untuk menidakkan kehendak dia::
::biarkan::
::teruskanlah wahai hati::
::teruskan dengan kekerasanmu::
::teruskan berdiam::
::kerna itu yang terbaik buat semua::
::biarkan si polan terjun dengan labu2nya::
::biarkan::
Sunday, July 24, 2011
MEGA SALE tak bermakna tanpa DUIT!
assalamualaikum.
hai korang, salam satu malaysia. how's your weekend? pergi sopping ke? hehehe maklumlah, tengah Mega Sale kan sekarang. mana2 pergi pon ade diskaun cuma beza sikit dengan banyak je kan. saya pon semalam sopping gak, sopping barang dapor je dengan mak before menyimpang kejap pergi JJ dengan niat nak jalan cuci mata semata-mata. niat je nak cuci mata, tapi nafsu memang takda maknanye lah kan, mesti nak beli punya.
masok je dalam jusco tuh, mak oi, banyaknya sale. pandang kiri SALE, pandang kanan SALE, depan SALE, belakang SALE. tapi bila pandang dalam wallet, adoyai, apelah maknanya SALE tanpa adanya duit untuk dihabiskan waktu SALE. uwaaaaaaaa :,( so, pandang jelah yee walaupun SALE dengan kadar yang luar biasa tahap gila babas sekali pon.
so, kesimpulannya, kalau bapak SALE sekalipon, tapi tak ada dana, tak bermakna lansong. lebih baik jangan tempoh mana-mana sopping kompleks atau hati gundah- gulana sebab tak dapat nak beli barang yang berkenan kat hati. bila ada duit baru boleh, nak tidor sana pon boleh. hahaha
walaupon begitu, mak dengan baik hatinya telah membelanja makanan kegemaran saya, steamboat JOHNNY'. sedap gila lah, tambah pulak dengan banana split dia, memang sumpah sedap gila. makan tak pandang kiri-kanan, tau-tau dah licin periuk tuh kitorang kerjakan. hohoho harap badan je kecik, tapi tank sikit punya besar tak hengat. :p
opsss... ehsan pakcik google yea ;)
gambar memang tak ada, sebab makan tak ingat nak buat benda lain. hehehe so, kalau uols tak pernah pergi try makan kat JOHNNY nih, silalah pergi, memang terbaekkk dari ladang lah :)
till here then, nak bereskan apa yang patot dibereskan. nanti sembang lagi k. take care korangg. daa~
p/s: tengah cari company untuk buat research. any suggestion?
Friday, July 22, 2011
kesilapan yang biasa kita buat tanpa sedar.
assalamualaikum.
salam jumaat uols. bagaimana dengan hari uols hari nih? okay ke, tak berapa nak okay ke kan, ataupon tersangatlah okay. wah! dah macam questionnaire lah pulok kan, macam tengah buat survey. tidor research, makan research, mandi research, semua lah research. nightmare sungguh!
opsss, hari nih nak share dengan uols semua antara kesilapan kecik yang biasa kita buat tapi kita tak sedar. bila dah terhantuk, baru nak tengadah. betol ke ejaan tuh? hehehe belasah jelah, janji korang faham kan? antara kesilapan yang saya sendiri pernah buat:
- set jam loceng tapi tiba-tiba jam tak bunyi. haishh nih nak kata selalu jadi tak jugaklah, tapi kerap lah jugak. hohoho pernah saya set jam pukul 9 pagi, tapi jam tuh tak berkokok lansong. bila saya tersedar, OMG! dah lambat nak pergi kelas. apehal lah pulak jam nih tak bunyi, ke haku yang tak sedar bila jam nih bunyik. aisehmen. pastuh, selidik punya selidik, memanglah betol jam tuh dah set for the whole week, tapi macamana lah pulak tiba-tiba hari tuh takda dalam senarai. what the hey! menyusahkan haku je. see, kalau lah saya check setting alarm tuh betol-betol, mesti perasan ada error kan?? and mesti saya tak bangon lambat. sabar jelah.
- set jam loceng tapi tak sedar. hah! nih kes pulak kes salahkan jam tak bunyik, padahal saya yang tak sedar yang jam tuh bunyik. kira kes tido mati lah kan. jam saya yang bunyi tapi member saya pulak yang sedar. dia pulak yang kejut saya. hohoho pastuh, pegi salahkan jam tak bunyik. see, kalau dah awak tuh memang jenis tidor mati, kalau tsunami pon tak bole sedar, jangan pakai jam enset bunyi tak hengat punya romantik. pakai jam loceng besi yang sampai jiran sebelah pon boleh dengar. takpon soh je member bilik korang tuh renjis air waktu nak kejut korang.
- set jam tapi tak tekan butang ON. hah! kalau kes camnih, sampai ke sudah lah jam tuh tak berbunyi. perkara macam nih biasa berlaku and dilakukan oleh manusia yang dah sangap nak tidor dan mata beliau tuh dah tak boleh nak bukak lagi sebelum sampai timenye. see, lain kali sebelom tidor tuh ensure betol2 yang jam hangpa semua tuh dah set and tekan butang ON yeee ;)
hehe. semua pasal jam kan? sebab jam lah punca-punca kelewatan bangun ketiduran. sebab salah setting jam jugaklah saya, kamu, dan mereka bangon lambat kan. alah, benda nih sume small matter je, tapi bila difikir balik, kelakar pon ada sebab benda tuh nampak macam remeh sgt kan. macam tak sepatutnya jadi je.
till here then, nak sambung serabutkan kepala dengan thesis nih. tik tok tik tok. masa memang sangat mencemburui saya. saya tau lah saya comel. hahaha toksah lah jealous-jealous dengan ai. :p
p/s: perut berkeroncong, tapi nak makan malas.
Thursday, July 21, 2011
Entry Rojak
assalamualaikum.
hai korangg, sihat sejahtera kah? ke ade yang demam, batok segala tuh? almaklumlah, sekarang nih macam tengah musim demam kan. cuaca tak berapa nak elok, lagi pulak kat KL tengah jelebu jerebu sekarang nih. secara tak lansung, virus tuh merebak kat saye jugak lah nih. hoh! tak pasal-pasal je hidung penyek saya nih tersumbat plus gatal tekak. tapi, semua tuh lansung tak mematahkan semangat saya untuk terus bergerak aktif. hahaha
lama sungguh tak hapdet belog buruk nih, sampai dah tak tau nak merapu apa dah. nak kata busy takde lah busy mana pon, setakat jadi "house maid" sepenuh masa je pon sepanjang cuti semester hari tuh. nih minggu pertama untuk semester akhir saya, everything goes well. macam biasa, minggu pertama masih boleh berpoya-poya lah kan, tapi kali nih, no more poye-poye time sebab next week dah kena submit proposal before start dengan research kami for this semester.
OMG! i was like, cepat gila kot, semua benda nak rush since we have a lot of holiday this semester. mananye cuti raya, midterm break, cuti malas, cuti sakit dan bla bla bla bla. so, tak boleh lah nak mengada sangat balik rumah tiap2 minggu lepas nih, kau dah kena serius lah cik yana oi. tak boleh main-main dan buat kerja last minit lagi dah. nak mati? nih la penentu masa depan and yang paling penting, result untuk semester akhir must be very OKAY because this is my last chance after three years struggling to complete my degree. right?
"bukan senang nak jadi senang, tapi bukan susah nak jadi susah". saya berpegang teguh pada pepatah tuh sejak dulu sampailah sekarang. apa pon yang kita nak, mesti usaha sampai penat, then tawakal pada ALLAH sebab DIA yang menentukan segalanya. hati nih memang nervous gila tapi teruja sangat nak start dengan research dan buat sehabis baik. insyaallah, kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan? kalau tak cuba, mana nak tau suka ke tak, boleh buat ke tak. :)
for those yang dah lepas azab buat thesis nih, boleh tak share pengalaman koranggg dengan saya. ngeee best ke tak best ke. marvellous ke, hancuss ke kan? ehehehe gurau je.
till here then, nnt sambng merapu lagi ek. nite korang, be good, take care. daa~
p/s: sedap gila cempedak goreng tadi, manis and gemok-gemok. nyumehhh! :p
Monday, May 30, 2011
kisah seorang CASHIER~
assalamualaikum.
holaa... lama sesangat tak menepekkan muka yang macho nih kat depan komputer lipat yang tak berapa nak canggih nih. hohoho ;p rasa dah berkurun dah, dan pemikiran mula menjadi tersangat lembap bila nak karang ayat. hoh! samalah jugak macam kalau masok semester baru lepas cuti yang tak berapa nak panjang yang UNISEL bagi, tulisan dah macam budak pra-sekolah. lagi cantik kot. ngeeee ;)
apa story baru?? haaaa, ni saye nak kongsi cerita pasal gelagat dan kerenah customer kat GIANT, memandangkan saye nih menjawat jawatan sebagai 'juruwang sambilan' kat sane. hah, class gitu ayat akakk kan. hehehe yee, macam2 jenis perangai saye jumpa. sampai naik fedap pon ada kadang2 tuh, boleh hilang sabar dibuatnya. bila dah hilang sabar, maka keayuan pon ke laot, tak ada maknanye "budi bahase budaya kite" dah. boleh simpan dalam lemari je pepatung pepatah tuh tak pon leminate kat kedai fotostat. hoho
antara perangai, gelagat customer, dan kejadian yang paling saya tak boleh BLAH:
- tak paham bahase! banyak jenis orang yg tak paham bahase nih, tapi yang paling menyirap bila tak paham bahase melayu. nak haku cakap iban ke hape? contohnya macam HARI TANPA BEG PLASTIK, korangg tau kan hari apa tuh? kalau tak tau memang sah korang daripada planet pluto. ada jugak manusia yang dok pertikai ape kejadahnya GIANT tak bagi beg plastik sampai heboh dok maki2 cashier sebab cas 2posen untuk seketol bag plastik. hoh! padahal, dah heboh satu malaysia, dok iklan dalam tivi, suratkhabar and radio bagai. yang paling tak boleh blah, kat pintu masok pon bukan main besar lagi banner tuh bagitau tak ada plastik hari sabtu. dah tuh nak emo tak tentu pasal, kan dah malu. tak pasal2 je saya penah nak kena pukul pakai pakai kasot sebab kan 2posen tuh. buduh punya orang!
- tak reti bace! tak reti tengok label tanda harga barang, lain barang yang kau ambik harga barang lain yang kau tengok. sampai kat kaunter nak bebel2 kat cashier, macamlah kitorang nih mesen check harge nak ingat segala jenis harga makhluk yang ada dalam GIANT tuh. hadoyyy heboh tanye harge tuh berapa lah, harga ni berapa lah. mana lah haku nak tau, apa guna tanda harga dengan "price checker" tuh, suka-suki je ke nak pasang buat perhiasan. mestilah nak soh guna kan, cubalah fikir ikut logik sikit. ini tak, semua nak senang je. ingatlah, bukan kita sorangg je customer yang nak dilayan kan?
- taik hidong masin! nih spesis yang takkan pupus kat muka bumi nih, keturunan haji bakhil bin kedekut nak mampos. semua benda nak murah, padahal dah cukup murah dah barang tuh. nak murah bukak pasaraya sendiri lah ye makcik. semua harga nak pertikai, TESCO lagi murahlah, CARREFOUR lagi murahlah, hoh! pegilah sopping kat sana tuh, datang sini buat apa kalau tau nak complain je kan. biasalah, mana2 pasaraya pon ada lebih ada kurang kan. ada mahal ade murahnye, so sebagai pengguna kena bijak lah. jangan tau menyalahkan cashier je. bukan cashier yang suke-suki letak harga ye makcik pakcik oi.
- tak reti sabar! hah, nih lah golongan yang paling saye benci sebab tak memahami keadaan orang lansung. semua benda nak cepat je, macam dia sorang je reti nak cepat. nak emo2 tak tentu pasal. hoh! orang cakap baik2, nak marah2, nak besar2kan bijik mata lah. ade haku kesah? tak kesah pon, lagi dia nak cepat lagi saye sengaje buat keja lambat2. biar dia tunggu. tapi pada customer yang baik tuh, saye akan bagi layanan yang sangat mesra. hohoho~
bayangkan kalau ramai camni, macamane nak layan dengan penoh kasih syg? hoho~
ekceli, macam2 kerenah lagi customer nih tapi banyak sangat sampai tak tau nak sbot yang cite yang mana satu. ape pon, saye suka keja nih, walaupon penat, tapi seronok sangat. so, try la jadik cashier ye, tak pon staff kat pasaraya besar macam GIANT, TESCO and lain2 lagik. banyak perkara yang saya dapat belajar daripada pengalaman keja saya nih macam cara handle customer bermasalah, cara berkomunikasi and byk lagi. tapi ingat, bukan semua customer bermasalah, masih ramai jugak customer yang bertimbang rasa lagi tau.
till here then, nanti sambong cite lagik ;)
terima kasih sudi baca :)
Thursday, May 19, 2011
setelah lama menyepi~
assalamualaikum.
sudah lama tak meng-hapdet blog nih, rindu gila kot. hoho lately busy sangat2, short sem kan, semua benda nak rush, penat kot. hoh! masa tido, masa cuti, masa berpoya2, semua tergadai. tapi apa nak buat, terpaksa terima dengan rela hati. tak rela pon terpaksa terima jugak kan? ada choice ke? hoho
tapi dalam sibuk2 pon, masih sempat lagi meluangkan masa untuk manjakan diri sendiri. hape lagi, karokk lah kan. saya memang serious kaki karok. lagu yang bertuah dan yang paling kerap disumbangkan, lagu syura, nazam berkasih. memang tak boley blah, tapi ce try layan lagu tuh. mencabar kot :p
aktiviti sepanjang dua tiga hari nih tak banyak, cuma karokk ngan sopping barang dapor sikit plus barang untuk masak spagheti yang menjadi favourite housemate2 saye. seronok rasa bila dapat masak dan orang lain suka dengan masakan kita kan? pada sapa yang suka masak tuh, korangg sure faham perasaan tuh kan. huhuhu
hoh! tak letak bath shower dlm spagheti okayy :p
Tuh cerita kelmarin, pasal masak memasak kan. semalam pulak saya dan roomate saya dengan tak sengaja telah men-join kan diri kami masok contest WATSON. alah, yang dapat anugerah mata paling cun lah, body paling marvellous lah, dan macam2 lagik anugerah yang depa tawarkan. hoho menarik kan?
saye sedar lah saye takde lawa mana pon, tapi saje suke2 nak bergambar, kan pantang jumpa kamera saya nih :p
hoh, beria dok pegang banner nih, dgn harapan nak menang
la kononnya sampai nak tutop muka kalo bole :p
baju krim tuh first gift daripada encik kekasih~
tapi bukan saye sorang je yang masok dan menyibok kat kamera cina tuh, konco2 saye pon masok jugak. hoho pening kepala cina tuh layan kerenah kami. hahaha padan muka. lepas snap snap, dapatlah saguhati daripada watson. hoho tgk kat tangan tuh, yang warna pink tuh. shampoo sunsilk promotion pack. cinonet je. hoh! tapi okayylah daripada tak dapat pape lansong kan? ngeeee ;)
till here then, nanti saya dah free sikit saye hapdet lagi tau. kamu2 semua takmo noty2 k. take care. daa~
terima kasih sudi baca :)
Saturday, May 14, 2011
simbah asid! berhati2lah wahai perempuan~
negara digemparkan dengan kes menyimbah asid secara rambang kepada perempuan sahaja. setakat hari nih dah 22 kes yang sama berlaku sekitar kuala lumpur dan selangor. paling terbaru kat wangsa maju, baru keluar berita tadi. korang tengok berita tak? hah, tak tengoklah tuh kan? tapi xpe, saya rase blogger2 sendiri pon dah banyak buat entry pasal nih. so, saya just nak kongsi serba sikit informasi yang saya tahu je kepada blogger yang mungkin suka singgah maen beskal kat sini kan :)
penganalisis jenayah, kamal affendi telah membuat kenyataan yang mungkin 'pelaku' ( orang yang menyimbah asid) bukan menyimbah asid dengan niat membalas dendam, tapi mungkin untuk suka2 je, yg mana dia dapat kepuasan atas apa yang dia lakukan. hoh! kalau betol lah camtuh, konfem mamat tuh psiko kan? eeeei, scary nye....
bayangkanlah, saya nih dah lah berhabes duit dah pasang braces, tahan sakit lagi, tahan nafsu makan lagik semata2 nak cantek punye pasal, last2 kena simbah asid pulak. hoh! bayangkan? lansong tak payah, membazir jek kan. hape pon tak dapat kang, putih mato yo den ni hah. so, mesti nak kena hati2, takmo merayau2 tak tentu pasal lagik dah, takmo, takmo, takmo. takotnye, dengar bunyik motor pon dah fobia.
kepada kaum wanita, berhati2lah ye, ikut nasihat polis:
- jangan berjalan dibahu jalanraya,
kat perut jalan boleyy. - jangan membelakangi kenderaan, maksodnya jalan mengikut arah berlawanan dengan kenderaan len.
- kalau nampak sesuatu yang mencurigakan, cepat2 hubungi polis
- nak tambah sikit, atok saya pesan, jalan tuh bawak payung kemana2. boleh jugak jadik pelindung sikit kan. at least takdelah sampai kena kat muka.
so, hati2 k, benda2 macamnih tak boleh dipandang remeh, kita harus sentiasa bersiap sedia sebab malang tak berbau kan. sama2lah saling ingat mengingati sesama manusia. pada kaum lelaki cuba untuk cuba melindungi orang yang kamu sayang macam mak, isteri, kakak, adik, mata air dan yang paling penting diri kamu sendiri. tak mustahil lepas nih, dia pegi tukar modus operandi pulak, buru lelaki je. who knows~
till here then, esok ada test, tapi satu hape pon tak selak lagi. ingat otak kau macam noor amalina ke? hoh! gasakk lah, besok terkial2 nak jawab baru padan muka kau. so, saya nak study dan mungkin jugak stado seketika. wish me luck k :)
p/s: nak kene sarong helmet siap blazer kot bile keluar gi mane2~
terima kasih sudi baca.
Blogger Support Blogger :: Tugasan Pertama!
click sini
assalamualaikum.
hai blogger, dah lama rasanye tak men'senaman'kan jari-jemari saye yang halus mulus lagi gebus nih. hahaha halus ke?? kasau macam berus dawai adelah :p so, hari nih nak excrcise sikit jari-jari nih, dengan menekan keypad lock kat laptup nih untuk menghasilkan entry yang baru lagi panas dan terhangat di pasaran.
hoh! kenape hangat dipasaran? bukan dipasar malam? pasar tani? mahupun pasar besar? sebab korang jumpe entry nih kat pasaran blog je, xdapat kat luar punye.
merujuk kepada banner diatas ( wah, dah macam nak tulis surat rasmi dah..), nak ajak kamu2 semua join segmen yang dianjurkan oleh sifu saya, blogger support blogger. tujuan segmen nih diadakan adelah untuk saling support blogger, especially blogger2 yang freshie macam saya nih, sifu and rakan seguru saya. wah! promote gitu kan. :p
cara nak join segmen nih:
- buat satu entry yang bertajuk " Blogger Support Blogger :: Tugasan Pertama"
- letakkan header yang terpampang indah kat atas tuh pada entry korang dan link kan ke entry nabihancakap
- pastuh sudi2 kan lah follow saye, sifu saya ( nabihancakap) dan rakan seguru saya (aeeinn_nun)
- last sekali, tinggalkan link kamu semua dikomen, so that kami dapat follow kamu semua semula :)
so, jangan tunggu lama2 untuk join k, tak rugi pon kalau join and tolong menolong antara satu sama lain. bak kata pakcik omputih tuh yang saya tak berapa nak sure nama penoh plus name bapak die, "sharing is caring". :)
Thursday, May 12, 2011
SEGMEN PH JOM BERKENALAN

di petang yang berbahagia nih, sambil bertemankan nescafe panas dan bunyik MP3 yang emo gila, saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya nak join segmen encik jay nih, jom kenal bersama PH. kenapa saya mau join? sebab encik jay jempot, saya pon join lah dengan hati yang terbuka sambil nak tambah kawan baru. :)
nak kenal saya tak? hurm, nama saya norizyana anak kepada encik alizal dan cik madam azura. saya anak sulong daripada 3 beradik dan satu2nya 'girl' okayy sebab dua lagi adik lelaki. saya seorang kakak yg sangat garang, dan juga anak yang sangat nakal. saya suka makan laksa, tapi laksa tak suka makan saya, dulu, kini dan selamanya and saya suke masak. sedap ke saya masak? ikot tekak sendiri sedap sokmo lah, tekak buaya, tekak orang lain entahlah. hik hik saya jugak sedang cuba menghabiskan degree dalam human resource management yang mana dengan izin Allah selesai pada akhir tahun nih.
saya baru mula berbelog pada 6 march 2011, tahun nih. before this pernah ada tapi saya terminated atas sebab2 yang tak munasabah. hehehe so sekarang baru nak aktif dalam blogging nih. jadi bila dapat join segmen2 macamnih dapat jugak saya luaskan pandangan kan, kenal ramai lagi blogger yang lain dan kumpol kawan ramai2.
pada saya, blogging nih satu aktiviti yang sihat dan mengasah kreativiti kita sebagai penulis. selain tuh dapat juga kita gunakan blog sebagai medium untuk ketengahkan bakat kita tuh, atau mungkin jugak untuk ekspresikan idea dan juga pendapat kepada blogger yang lain. betol tak? so, tak rugi pon join segmen nih kan, gune jari je.... :p
jom kita memeriahkan segmen encik jay nih. semoga sukses selalu~
bile buat keja LAST MINUTE!!
assalamualaikum.
selamat hari khamis semua. saya baru bangun dari tidor yang lena penangan daripada buat keja last minit semalam pagi tadi. hambek kau! lecturer bagi berkurun, hari nih nak hantar hari nih jugaklah baru mengensot2 nak start buat. hoh! bile lah nak berubah -___- "
opsss! nih bukanlah kali pertama perkara nih terjadik, dah ber'time'2 dah, tapi tak serik2 lansong. kenapa?? sebab saya dan konco2 yang lain memang begitu. bila banyak sangat mase, malu2 je idea nak keluar, tapi bile dah kelam-kabot, mencurah2 ke ladang gandom. nasib baik lah kiranya tuh kalau mencurah2, kalau takde idea lansong? mati akal? otak beku? tak ke naye dibuatnya? ( eleh, kau ckp je lebih, tak insaf2 pon) menggigil lah kau kat situ dok pikir hape benda nak goreng lagik kan. toksah ler nak nipu teman nih. otai kot nih :p
bila cakap pasal keja 'last minute' nih, macam2 hal lah yang korang akan TERPAKSA hadap time buat keja nih. antaranya yang saya sendiri pernah alami ataupon kawan2 yang lain. meh saya share.
- time tuh lah semangat nak tidor semakin membuak2, mata berat semacam, suasana bilik menjadi suram. memang tak boleh belah kalau mende tuh jadi kat saya, tension kot. kalau tak ada assigment boleh je layan belog, facebook, game sampai pagi, tak tidor lansong pon gamble je. tapi tang saat2 genting tuh, tang tuh la bijik mata nih rasa macam nak terkeluar je, takpon rase melekat sampai tak boleh nak bukak. bahaye, bahaye, don't do this at home, but you can do this at HOSTEL :p
- time tuh la baru terasa yang assignment tuh susah tahap dewa, padahal sebelom nih usha2 nampak MACAM senang jek kan? kadang2 tuh saya rase soalan tuh bertukar ke, tak pon lecturer yg salah print, memang menggigil nyawa. pastuh mula lah perasaan menyesal datang melawat, ayat wajib keluar " kalaulah buat assignment awal2, kan senang...". hoh! daripada sem 1 sampailah sekarang, tak penah pon berubah. degil kan?
- dah dapat idea yang marvellous gila, laptop pulak buat hal, jem lah, virus lah. sampai tak boleh bukak pon ada. pernah jugak jadi, dah baek punya curah semua idea dalam 'words' tapi terlupa nak SAVE, tiba laptop padam. :'( bila bukak dah hilang, macam tak buat apa2 lansong. apa lagik, makkkkkkkk.....tolongggggg! macam2 perasaan ada, rasa nak pengsan, nak buat2 pengsan, nak gila, semua ade. tuh la, buat keja last minute lagik, padan muka kau~
- bila assignment dah siap, komputer kedai print tuh buat perangai lah pulok. tak boleh baca PDF lah, rosak lah, tak boleh nak print lah ( padahal keja kau memang print2 je), macam2 hal. kalau printer tak buat hal, tukang print pulak yang bikin panas. buat keja lembab nak mam***, kalah kura2, dapat pulak budak baru masok keja, butang print pon terhegeh2 nak tekan, memang hangin satu badanlah dibuatnya. dapat pulak kes, sampai kedai dah pukol 4.30, assignment nak anta pukol 5, tak ke rasa macam nak hempok orang je. tapi salah sendiri jugak, sape soh buat keja last minute, padan muka kau! lagi dan lagi~
tuh lah antara situasi2 yang pernah saya hadapi bila buat keja last minute nih, tuh kalau tang assignment lah, tang exam pon last minute jugak. hoh! terok kan? pernah bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali2 tertidor time study. paper pulak pukol 9 pagi, hambek kau, bangon2 teros mengensot carik buku nak sambong study. menggigil badan, sambil baca sambil fikir, apelah nasib haku dalam dewan exam kang -__- " ( bilelah nak berubah..)
ada orang memang boleh handle keja last minute nih tapi ada orang tak mampu dan mungkin tak boleh lansong. jangan berani ambik risiko lah kalau tak pasti kan, nak2 kalau tang assignment atau exam, masa depan tuh kan. so, kalau boleh janganlah jadik macam saya nih ye, kalau ye pon nak last minute janganlah last sangat. nanti menyesal tak sudah.
patotnya petang nih submit assignment pukol 4, tapi hujan lebat lah pulak, macamana nih. nak menapak gi print lagi, gi fakulti lagi, hadooyyy! hah, lagi satu masalah buat keja last minute. gasakkk!
kalau buat muka seposen camnih lecturer bagi penangguhan tak? :p
saye yg dolu vs. saye yg sekarang! ^^
dah lama saya tak bukak segala jenis laman sosial yang saya penah join dulu. friendster lah, myspace lah, tagged lah, macam2 sampai ada yang dah tak ingat. then semalam time sebok2 nak siapkan esaimen dan study untuk test pagi tadi, time tuh la terasa macam nak bukak segala benda tuh.
bila bukak, jumpa lah gambar2 lama2 dolu kan, time2 baru kenal dunia sosial, time2 baru nak naik lah orang kate. :p banyak gila kot perubahan dengan saya yang sekarang. pada pandangan mata saya lah. tak tau lah pada orang lain, sebab dolu saya "nerd" kot :p
nih gamba saya ciplak daripada friendster:
satu2 nye gambar pakai baju sekolah yg saye ade ;)
nih pon time ting 6 atas gak, thn 2007~
juge 2007~ ;)
muka memang skema kan, tak dinafikan saye memang tak pandai posing2 nih. malu time tuh, padahal tengok orang lain steady je. huhuhu tapi sekarang, pantang jumpe kamera, dah siap sedia posing dah. walaupon tak sehebat model2 tapi okeyy lah daripada saya yang dolu~ :p
nih pulak gambar waktu baru2 masok UNISEL. hoh! meriah sikit lah. hehehe~
merayap time~ 2008
sem 1, 2008
pertengahan sem 1, 2008
akhir sem 1, 2008
bila dah masok U, saye pon mule berubah sikit demi sikit. daripada skema jadi degil sikit, daripada buta fesyen kpd reti lah pasal fesyen sikit2. hurm, masa cepat berlalu tanpa saya sedar tinggal lagik satu semester je lagi sebelom saye habes belajar. rasa macam baru semalam masok unisel. huhuhu~
sekarang, dah pandai ber'belog' bagai, huk huk! peningkatan kan tuh? :) bak kata orang2 yang tak pasti sape nama penuhnye, "keluar daripada zon selesa ataupon kepompong kita kan?". barulah dapat bukak mata sikit tentang dunia luar dan isu semasa. time belajar, belajar bebetol jangan maen2, sebat kang. time main pulak, main lah betol2 jangan shy2 cat pulok :p
dah final year dah budak nakal nih~ :p
tengok tuh, semakin dah nak habes semakin kuat bergambar budak nih. haih! anak sapolah nih. tapi aktiviti macamnih pon kira riadah jugak kan. so, boleh lah layann~ ;)
till here then, nanti sembang kencang lagik bila idea saye yg paling bernas dah muncol. bui bui :)
terima kasih sudi baca.
Subscribe to:
Posts (Atom)













