assalamualaikum.
salam jumaat uols. bagaimana dengan hari uols hari nih? okay ke, tak berapa nak okay ke kan, ataupon tersangatlah okay. wah! dah macam questionnaire lah pulok kan, macam tengah buat survey. tidor research, makan research, mandi research, semua lah research. nightmare sungguh!
opsss, hari nih nak share dengan uols semua antara kesilapan kecik yang biasa kita buat tapi kita tak sedar. bila dah terhantuk, baru nak tengadah. betol ke ejaan tuh? hehehe belasah jelah, janji korang faham kan? antara kesilapan yang saya sendiri pernah buat:
- set jam loceng tapi tiba-tiba jam tak bunyi. haishh nih nak kata selalu jadi tak jugaklah, tapi kerap lah jugak. hohoho pernah saya set jam pukul 9 pagi, tapi jam tuh tak berkokok lansong. bila saya tersedar, OMG! dah lambat nak pergi kelas. apehal lah pulak jam nih tak bunyi, ke haku yang tak sedar bila jam nih bunyik. aisehmen. pastuh, selidik punya selidik, memanglah betol jam tuh dah set for the whole week, tapi macamana lah pulak tiba-tiba hari tuh takda dalam senarai. what the hey! menyusahkan haku je. see, kalau lah saya check setting alarm tuh betol-betol, mesti perasan ada error kan?? and mesti saya tak bangon lambat. sabar jelah.
- set jam loceng tapi tak sedar. hah! nih kes pulak kes salahkan jam tak bunyik, padahal saya yang tak sedar yang jam tuh bunyik. kira kes tido mati lah kan. jam saya yang bunyi tapi member saya pulak yang sedar. dia pulak yang kejut saya. hohoho pastuh, pegi salahkan jam tak bunyik. see, kalau dah awak tuh memang jenis tidor mati, kalau tsunami pon tak bole sedar, jangan pakai jam enset bunyi tak hengat punya romantik. pakai jam loceng besi yang sampai jiran sebelah pon boleh dengar. takpon soh je member bilik korang tuh renjis air waktu nak kejut korang.
- set jam tapi tak tekan butang ON. hah! kalau kes camnih, sampai ke sudah lah jam tuh tak berbunyi. perkara macam nih biasa berlaku and dilakukan oleh manusia yang dah sangap nak tidor dan mata beliau tuh dah tak boleh nak bukak lagi sebelum sampai timenye. see, lain kali sebelom tidor tuh ensure betol2 yang jam hangpa semua tuh dah set and tekan butang ON yeee ;)
hehe. semua pasal jam kan? sebab jam lah punca-punca kelewatan bangun ketiduran. sebab salah setting jam jugaklah saya, kamu, dan mereka bangon lambat kan. alah, benda nih sume small matter je, tapi bila difikir balik, kelakar pon ada sebab benda tuh nampak macam remeh sgt kan. macam tak sepatutnya jadi je.
till here then, nak sambung serabutkan kepala dengan thesis nih. tik tok tik tok. masa memang sangat mencemburui saya. saya tau lah saya comel. hahaha toksah lah jealous-jealous dengan ai. :p
p/s: perut berkeroncong, tapi nak makan malas.
mcm mner lak, if satu mlm bgun berkali kali..parah gak tu..ha3
ReplyDeletehahaha. awk je lah yg jadi jam..xpayah susah2 kunci jam..
ReplyDelete