Sunday, February 5, 2012

tak seindah malam kelmarin~

sahabat,
ku harap kau tahu betapa dalam syg aku pada persahabatan kita,
betapa aku rindu pada ukhwah kita yg kukuh dulu,
betapa aku mahu ikatan itu masih seperti itu,
malar dan segar.

sahabat,
aku bukan malaikat,
aku hanyalah hambaNya yang lemah dan hina,
hamba yang kadang hilang pertimbangan.

sahabat,
maafkan khilaf aku samada yang aku sedar atau tidak,
aku tak terdaya menolak semuanya dari berlaku,
aku tak berdaya berhenti dari melukakan hati kau.

sahabat,
aku lepaskan kau bersama mereka yg lebih menyayangi kau,
bebaskan kau kepada mereka yg lebih menghargai kau,
kita sama2 sedar yang malam ini tak seindah malam kelmarin.

sahabat,
hanya Allah yang tahu betapa aku pernah sayangkan kau dan persahabatan kita,
walaupun kau tak pernah tahu,
aku sayangkan kau.

sahabat,
terima kasih untuk segala memori indah dan duka,
terima kasih untuk segala-galanya,
semoga Allah berikan yang terindah untuk kau.



masyaallah~~


No comments:

Post a Comment