Wednesday, March 30, 2011

Kisah adik, nasik ayam, roti high5 dan munyet ber'buntut' buasir :p

Assalamualaikum :)

Korang ingat tak hari tuh saya ada cakap nak hapdet pasal kisah adik saya dan si monyet ber’bontot’ buasir kat Bukit Cherakah?? Ada kan?? Hehehe Jadi, hari nih saya nak story-mory kat u’ols kisahnya yang memang terbukti kebenarannya, tiada yang benar melainkan yang benar. Kisah yang tersangat menyayat hati lagi mencalarkan emosi adik saya yang comel tuh. Panjang bebenor mukadimahnye ye :p Al- maklumlah, cita-cita nak jadi polis, tuh yang suka buat karangan berjela-jela. Erk, saye tau tak ada kaitan lansong, sile abaikan :p

Straight to the point, weekend lepas, saya dan family saya iaitu mak, abah dan adik yang kecik tuh pergi ber’senang-lenang’ ala2 bujang senang kat Bukit Cherakah, Shah Alam. Biasanya kami ber’camping’ je, tapi on that day kami sewa chalet sebab tak ada siapa pun yang camping dan kami je yang akan menghuni tapak camping tuh. Jadik, mak pun tukar plan terus sewa chalet.

Selepas dapat kunci, kami pun dengan pantasnye terus pergi ke chalet tuh, punggah semua barang dalam umah and then menggedik2 kejap ambik gambar monyet ber’bontot’ buasir yang memang suke nau ber’posing maut gitu. Huh! Pantang nampak kamera, gila bergambar jugak. Podacett!Konon-konon lari, padahal dok turun naik kat pokok tuh dengan macam2 aksi sampai malass saya nak layan dah. Lepas tuh terus gi Danau Perikanan, tempat abah dan saya biasa memancing. Biasalah, mak gila camping and bercuti bagai, abah pulak gila memancing. Memang padanlah tuh, gandingan ideal kan. Huhuhu +__+

Sebelum sampai tempat mancing tuh, kitorang singgah dulu kat kedai makan, mak lapar, jadik tapau lah dua bungkus nasik ayam bersama jajan2 yang sepatutnya untuk anak2nye yang ‘hantu jajan’ semuanya. Satu nasik ayam, mak habiskan masa teman saya dan abah memancing and satu lagi simpan kononnya untuk adik kalau lapar nanti. Okayy fine, lepas tuh adik dengan mak mula bising nak balik bilik, boring la kot dok tepi tasik tuh menangok je, dah lah sebutir ikan pon x nampak. Kureng hasam punya ikan! Sampai adik pon menangis2 nak balik. Mengade betol budak kecik tuh, saya baru nak lepas gian mancing, dah nak ajak balik. Potong stim betol!! Abah pon terpaksa lah hantar mak dengan adik tuh balik dengan muka bengang :p And abah suruh saya tunggu kat tasik tuh, saya pun dengan senang hatinya tunggu lah. Yelaa…..nak tenangkan fikiranlah kononnya kan. Jadik, mak, adik, sebungkus nasik ayam, dan sebungkus roti high5 tuh pon baliklah bilik and saya dengan abah pun teruskan memancing sampailah ke maghrib, baru kitorang balik.

Sampai je kat bilik, mak dengan nada cemasnye berkata, “Nasik ayam dengan roti dah takda, adik lapar. Masuklah cepat, mak ado bondo nak cito nih.” Saya pun masuk.

Saya: Alak mak?? Makanan tingga ko?? Tingga kek no??

Mak: Takk… Kau tau, tadi monyet buntut buasir tuh, disorang ea omak ngan adik. Bosa monyet tuh, lagi tinggi daripado adik kau. Nak ditorkam ea adik kau tadi. Takut omak…. (mintak maap ler, mak saye speaking London :p )

Saya: Hah!!! Abih tuh camno?? Dikojar ea ko??

Mak: Menyeringai deh kek omak, gigi ea tajam2, nak dicokau ea adik kau. Peh tu, omak teringat, kek tompek camni mano buleh bawak makanan berlenggang2. Omak terpikir, mesti dio nak makanan ni agak ea. Omak pon campaklah nasik ayam ngan ruti tu jauh2. Lopeh tu, monyet tu toruih pogi kek makanan tu. Tak dipandang ea la omak ngan adik ni. Omak pon bawaklah adik kau pi jalan copek2.

Saya: Laaa…Omak lenggang2 kangkong ko tadi. Nasib baik takdo papo.

Mak: Adik kau menangih2. Dio cakap, “Habeslah makanan adikkk…..Monyet buntut buasir tuh dah curik makanan adik… Mamaaaa, monyet tu curik makanan kita…..” Sambil menangis2 tak hengat dunia. Mak saya cakaplah kan. Adik memang suka nasik ayam tuh.

Pastuh budak kecik tuh datang kat saya cakap, “ kakak, tadi adik kena rompak dengan munyet buntut buasir tuh, habes makanan adik.” Tak boleh blah, dia asyik ulang ayat yang sama je. Sampailah ke hari nih. Trauma lah kot. So, malam tuh abah terpaksa keluar gi carik makanan sebab kebanyakan kedai tutup waktu malam. Tapi nasib baik ada yang bukak lagi. Kalau tak, berlaparlah kitorang malam tuh kan.

nampak tak menatang tuh?? (anak panah tuh....)

Menatang kat atas tuh adelah sedara bau2 stoberi + epal kepada menatang yang meroyan kejar adik dengan mak saya. hehehe Gambar "beliau" belom dapat di upload lagik :p Tapi saya rasa korang kenal kot spesis tuh, muka buruk, buntutnye terkeluar. huhuhu

Uish, panjang karangan saya hari nih, mesti korang boring baca kan?? Huhuhu Tapi, pengajaran daripada cerita nih, jangan bawak makanan atau minuman kat tempat rekreasi yang ada monyet, babun, orang utan, dan yang sewaktu dengannya tau. Kalau dah terbawak tuh, korang campakk jelah, janganlah korang bawak lari pulak menatang tuh, konfem dikejarnye korangg nanti. Okayy, till here then, take care korangg. Have a nice day. :)

Terima kasih sudi baca :)


Happy Birthday adik mushuk ;)

Assalamualaikum readers :)

Hari nih merupakan hari lahir adik bongsu saya yang ke 5 tahun. Adik kecik yang sangat manja, nakal, mengade dan pengarang jantung kami semua. Kelahiran si kecil yang tidak disangka sama sekali, sebab mak saya mengandungkan dia ketika saya di tingkatan 5 dan adik kedua saya tingkatan 1. Bayangkan, betapa jauhnya perbezaan umur kami??

Tapi itulah rezeki Allah, budak kecik tuh la yang menyerikan rumah kecil kami nih yang sebelumnya sunyi je tanpa ada kerenah budak2. Masing2 dah meningkat remaja, jadik tak ada lah nak bermanja sangat dengan mak abah kan? Bila budak kecik nih ada, memang riuh lah rumah nih sebab dia yang paling kecik kan, memang mengade habes. Selalu mintak cium daripada mak, abah, akak yang brutal nih and abg ngah dia. Kadang2 tak dilayan pun, sebab tak larat dah nak layan kerenah.

Bila adik tak sihat, Ya Allah, risau sangat. Adik selalu sakit, antibodi dia tak kuat. Mungkin sebab mak mengandungkan dia masa umur dah hampir 40-an. Dia selalu masuk wad. Kesian adik, kecik2 lagi dah bersahabat dengan ubat dan selalu disuntik ubat, ambik darah segala. Tapi adik kuat, dia tak menangis walaupun ketika mata dia tepat pandang ke arah jarum tuh. Kuatnya adik....Sekuat semangat emak dan abahnya.

Sekarang, adik semakin besar, dah 5 tahun pun. Adik dah capai banyak kemajuan. Adik dah pandai membaca, menulis, sembahyang, hafaz doa dan mula berjinak dengan bahasa inggeris. Alhamdullillah :)
Semakin adik besar, bermakna semakin matanglah dia. Tak ada lah lagi budak kecik yang merengek mintak didukung, tergolek2 bila tak dapat bangun sendiri dan tak dapatlah nak peluk2, cium2 sangat lagi. Adik dah mula leka dengan dunia sendiri, dengan aktiviti sendiri dan dengan minatnya yang tersendiri. Adik sangat pandai berkata2, petah, macam orang dewasa.

Walau apa pun, adik tetap adik kecil saya yang sangat manja, bijak, nakal dan mengade tak kira walau berapa pun umurnya. Semoga adik dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan  berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah. Akak sayang adik sangat2. :)


budak kenit kesayangan saya :) comel tak?

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, March 23, 2011

spageti orang melayu ;)

Assalamualaikum..

Hai korang, dah makan? Ahah, kalau belom makan saya nak jempot makan nih, spegeti bolognis melayu punye resepi. Nak tak?? Baik cakap nak, sebab kalau korang tak nak pon saya nak bagi gak :p

Untuk buat spageti nih, barang yang korang perlukan ialah:

  1. Spageti (sepeket, rebus)
  2. Minyak masak (2-3 sudu besar)
  3. Cili boh / cili giling ( 3 sudu besar)
  4. Bawang putih (4 ulas, dipotong dadu)
  5. Bawang besar (2 biji, dipotong dadu)
  6. Cendawan butang ( dlm tin sudah.. hiris nipis.)
  7. Daging hancus / ayam hancus (sepeket, basuh dan tos kan)
  8. Sos spegeti KIMBALL tradisional (sebotol)
Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak, terpulang kat uols samada nak guna minyak zaitun or minyak masak biasa. Jangan minyak rambut, minyak motor or minyak angin sudahlah :p
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah, sampai naik bau, make sure garing tau baru sedap.
  3. Masukkan cili boh, tumis sampai nampak menggelegak.
  4. Masukkan sos spegeti dan tambah air sikit untuk cairkan sos tuh. Kuantiti air agak2 cair macam yang uols nak lah kan.
  5. Biarkan 3 minit, pastuh masukkan daging hancur tuh and kacau sampai sebati dengan kuah. Pastikan daging tuh tak berketul2 besar penumbuk ye. Biarkan sampai mendidih.
  6. Masukkan garam, ajinomoto ( xletak pon xpe), dan gula untuk "balance"kan rasa kuah tuh.
  7. Last sekali, masukkan cendawan butang.
Sementara masak sos tuh, uols rebuslah spegeti td, jangan lupa letak minyak dan garam dalam air rebusan tuh. Minyak tuh gunanya untuk elakkan spegeti tuh melekat2. Lepas tuh, sedia untuk dihidang. Kalau suka, taburlah hiasan. Kalau tak, belasah jelah :p

nih lah hasilnya. memang x dihias lansung :p 

Kenapa namanye "SPEGETI MELAYU"?? Sebab dia tak masam sangat and pedas. Ada orang tak suka terlampau masam, especially tekak orang veteran ( orang tua) kan. So, mak saya modified resepi nih, ikut selera orang tua. Tapi, orang muda pun boleh makan gak. Sedapp tau. Jadik, selamat mencuba :)

Terima kasih sudi baca. :)

Pengorbanan mak dan ayah.

Assalamualaikum :)

Uols apa khabar? Sihat? For me, alhamdullillah. This holiday let me spend my very precious moment with my beloved family. Yes, as we getting older, its mean that we only have a short time with THEM, our parents right??

Jadi, cuti nih memang saya ikut je mana mak dan abah nak pegi and apa yang mak abah nak buat. Walaupun kadang2 rasa malas menguasai diri. Tapi, lebih baik daripada mengecewakan hati mak dan abah kan? Dah lah, masa belajar asyik busy memanjang, kalau ada masa pun, lebih baik tido kan. Balik rumah agak jarang, so cuti nih manfaatkan sepenuhnya lah untuk bersama keluarga. Bukan apa, kita tak tau sampai bila kita dapat bersama dengan mereka. Ajal maut semua ditangan Allah, masih lagi ghaib daripada pengetahuan kita. Sebelum menyesal, lebih baik kita beringat. Jangan sampai nanti hidup dalam penyesalan sebab tak pernah nak menghargai masa dan peluang yang Allah dah bagi kepada kita untuk gembirakan hati mak dan ayah kita.

Bukanlah susah sangat nak bahagiakan mak ayah nih, cukuplah sekadar anak-anak diorang ingat, ambil berat dan luangkan masa. Itu dah cukup untuk mereka. Apalah sangat masa untuk mak ayah, nak makan sama2, tengok tv sama2, memancing and macam2 lagi aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan bersama family kan. Kalau dengan boyfie, sentiasa ada masa, tak kira hujan ke panas ke, redah je demi buah ati tersayang. Tapi dengan mak ayah??? "Alaa...mak, abah, busy nih. Byk assgmnt. Lain kali jelah eyh." Emmm..Saya pernah keluarkan dialog nih kpd mak ayah saya and seriously saya menyesal sangat lepas tuh. Terus saya call semula dan ajak mereka keluar at least lepak kat kedai makan sekejap.

Ya Allah, hanya Allah tau macamana perasaan saya waktu tuh, bersalah sangat kat mak abah saya. Selama nih, kalau saya demam ke, rindu kat diorang ke, atau nak mintak tolong, dengan pantas mak abah akan datang kat kolej and bagi apa yang saya nak walaupun waktu tuh mereka sendiri tengah demam, tak sihat, busy, and hujan lebat plus ribut. Tak kira tengah malam buta, atau pagi gelap lagi, mereka akan gagahkan diri untuk datang dan bantu anak perempuan mereka yang sorang nih. Betapa besarnya pengorbanan mereka kan? Tapi, kadang2 saya tak mampu nak buat semua tuh untuk mereka. Macam2 alasan saya bagi kalau mak abah suruh pergi kedai beli barang, sebab MALAS.


Benarlah kata orang, emak dan ayah mampu menjaga, membesarkan, menyara, dan memberi kasih sayang pada 12 orang anak, tapi 12 orang anak tuh belum tentu lagi mampu nak bagi semua tuh pada emak dan ayah tersebut. Setuju? Setiap orang ada pandangan masing2 kan, jadi terpulang pada uols untuk menilai kan. Tapi, apa pun, hargailah mak dan ayah uols sementara mereka masih ada sebab kita tak tau bila Allah akan menjemput mereka. Walaupun mati itu pasti, tapi selagi kita buat yang terbaik, kita akan lepaskan mereka pergi tanpa sebarang penyesalan dan redha dengan ketentuanNYA. :)

p/s: birthday my adik dah dekat, nak bagi hadiah apa ek?

Terima kasih sudi baca :)

Thursday, March 17, 2011

Hari pertama cuti SEKOLAH ;)

Assalamualaikum :)

Hari nih, dah ada kat umah dah. Jadi, tak boleh la malas2 macam dok umah bujang kan +_+
Kena tolong mak masak, basuh baju, jemur baju, kemas umah dan tugasan2 suri rumah tangga sepenuh masa yang lain. Wah....Sangatlah tak rajin. Tapi, cian kat mak, kalau bukan saya yang tolong siapa lagi kan?? Takkan adik mushuk yang cinonet tuh kot, memporak-perandakan umah reti lah dia dengan menan-menan segala tuh. haih...nasib baek kecik lagi. Kalau tak, memang berbintat dahi budak tuh saya kerjakan. Sabor jelah T__T

Apakah plan untuk cuti yang tak berapa nak lama nih?? 3 minggu tuh consider celah2 gigi je..Tak puas lansung untuk menikmati dunia riang ria nih. *__* Senarai plan untuk cuti kali nih adelah :

  • Tido puas2 sampai tak larat nak tido dah
  • Tengok tibi sampai tibi pon muak tengok muka saya
  • Camping dengan mak yang memang gila bercamping :p
  • Memancing dengan abah yang pantang dengar perkataan mancing
  • Main masak2 pastuh pakse CHENTA saya makan semua tuh walaupon tak sedap ;p
  • Buli adik sampai dia nangis tak hengat dunia. hehehe
Tu jelah kot plan saya setakat nih, kalau ada lagi nanti tak taulah kan. Tak dirancang lah namenya tuh. Tapi yang penting, nak manfaatkan cuti nih sebaiknya dengan mencari bahan untuk project paper nanti. Okayylah, till here then. Nanti sambung lagi tau.:) Take care korangg dan jangan noty2 taw.

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, March 16, 2011

Tamat sudah PENYIKSAANku T__T

Assalamualaikum :)
Hye korangg...Dah makan belom??Dah mandi??Ke.....Dah lapar balik??erkk :p
Hari nih sangat heavon sebab pekse dah habes. So, boleyy la balas dendam tido lama2 ganti balik masa tido yang tergadai hari tuh. ^,^

Bangun tido, kepala pitam..aiyokkk Tido terlampau lama pun xbaik untuk kesihatan sebenarnye kan?huhuhu
Pastuh, tengkok ni hah pon rase cam terkehel je. Ntah camne la gaya tido TERLAMPAU tuh kan, sampai terlipat2 tengkok nih.. Penat bebenor macam keja kontrak pulak rasa :p

Kalau ngadu ngan mak kan, mesti mak kata, "tulah, tidor sampai tak sedar diri. Tau2 besok, dah gelap je, dalam kubor.. +_+"  Gurlp...Ayat mak, tercalar hatiku :p So, memang takde maknanye lah nak ngadu kat mak, pilihan terakhir.hehehe Tapi kali nih mak faham pulak, pasal jadual memang tak boleh belah. Tiap2 ari tepon tanya progress, dengan harapan dengan harapan dengar anaknye berkata..."yeahhh...4felat mak ;) " Sian mak. Harapan hanya tinggal harapan sebab anaknya asyik berkata, susahlah mak.huhuhuhu -___-"

Tapi, semester nih saya dah cuba buat yang terbaik dengan fokus betol2 setiap kali test, kuiz mahupun esaimen. Selebihnya tawakal jelah. Semua orang nak berjaya kan, cuma bukan senang nak dapat semua tuh.
Apepun, semester nih banyak mengajar saya erti sabar, redha dan bertenang. Suka tak suka kena gak hadap, mane boleyy sebab jadual pon tak boleh nak jawab pekse kan. So, think positip :)

Semalam habes pekse, camwhore kejap.hehehe So layan la beberapa bijik gambar yang diambik oleh kamera talipon je :)


 muka bahagia..:)

 panda versi manusia -__-"


 kami 4 sekawan :)

 rummate sy :)

 jom makan... nyum :p

 housemate + kawan :)

jom makan...... :)

Dengan habisnye peksa pada semalam, bermakna habes lah sudah usaha saya pada sem nih. Pas nih, dupdap pulak nak tunggu RESULT.. Doakan saya ye. Till here then, nak mengemas barang untuk balik rumah :)
Take care korangg. Rajin2 lah singgah belog buruk nih ye. Babai :)

Terima kasih sudi baca :)

Monday, March 14, 2011

Selamat malam :)

Hari nih tak tau nak hapdet apa :p
Esok ade lagi 2 paper.
LAST!!!
For this semester...
Wish me luck okayy :)

Thank you for read :)

Sunday, March 13, 2011

Info Sihat - ULSER

Assalamualaikum :)

Selamat pagi korang....Dah breakfast??heee Awal bangun hari nih sebab perut lapar teramat. ^_^
So pagi nih, saya terfikir nak share ngan korang pasal bahaya penyakit ulser. Tau tak ulser tuh ape?? Tak tau??
Meh, saye habaq mai. Ulser tuh biasanye lah kan, kena kat mulut. Orang tua biase panggil benda tuh "mata ikan". Konfem korang familiar dengan name tuh kan? Orang tua2 gak yang dapat name. isk3 -__-'

Ulser mulut nih adalah luka di dalam kawasan lembut mulut korang. Ulser ini nampak macam tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku kat bahagian pipi dan kadang2 kat bahagian lidah dan gusi.


p/s: bukan gambar sy okayyh ;)

Tanda2 ulser nih, ade tompokan putih kekuningan kat bahagian dlm mulut, or bawah lidah. Pedih sangat and korang memang konfem tak lalu nak sumbat makanan fevret korang sebab pedih dan tak selesa. Pastuh, rasa malas nak gosip2 ke, atau mungkin korang rase macam nak lempang je orang yg banyak tanye sgt tuh. Tak tau agaknye mulut nih denyut2 akibat ulser yang kejam tuh. sobs3.. Sabor jelah....... T__T

Camne ulser mulot nih boley jadik?? Lets check it out.

  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus (fungus tuh ape??tatau lah hambe, cube try tanye pokcik google :p)
  • Tergigit lidah or bibir sendiri. Mungkin jugak sebab terkena dawai bagi sesape yg pakai "braces" cam saye nih ha.
  • Kurang vitamin
  • Sistem imuniti badan lemah
  • Alahan
  • Dan lain2 kes berat mahupon ringan
Ade cara tak nak atasi ulser nih?? Ofkos la, setiap penyakit mesti ade penawarnya kan. Antaranya ialah:

  • Selalu periksa gigi
  • Pastikan gigi bersih
  • Amalkan pemakanan sehat
  • elakkan makan jus masam atau makanan pedas (petua pokcik google)
Antara petua nak merawat ulser senang je, gi klinik mintak kat dokter ubat ulser. hehe Senang kan? ^_^
Selain tuh, amalkan penggunaan pencuci antiseptik mulut, elakkan makan benda pedas, banyakkan minom air. Insyaallah, ulser tersebut akan kecut dan boleh lah uols maenjalani kehidupan riang gembira seperti biase. :)

Ekceli, saye selalu sangat kena ulser nih, mudah sangat dapat ulser. Sejak daripada sebelom pakai braces lagi. So, mungkin sebab saya kurang jaga kebersihan mulut kot. So, saya mesti gosok gigi setiap kali selepas makan, even makan dalam jumlah yang cinonet je. Alhamdullillah, ulser dah jarang menyinggah dan berumahtangga kat bibir or lidah nih. Seksa tau kena ulser, tak lalu makan, minum, bercakap, and kadang2 sampai demam2 pon ada. Dasyat kan penangan ULSER??huhuhu T__T For those yang tak penah kena tuh, janganlah ada keinginan nak merase pulak, kang menyesal. Sabor jelah.....

Okayy lah, sampai sini dulu info sehat hari nih. Len kali, saya sambung lagi yek. Take care and have a nice weekend koranggg...;)

Terima kasih sudi bace and luangkan masa :)

Saturday, March 12, 2011

Cikgu shida yang sgt kreatif lg berani :)


Suke sangat tengok video nih... Beliau sangat kiut okayyh..
Enjoyy this video....
Chowww ;)

Friday, March 11, 2011

Hujan oh Hujan ;)

Assalamualaikum..:) Selamat pagi selamat tengahari korang..ehehehe Dah makan??Mestilah dah kan.

Okayy. Pagi nih tersangatlah sejuk, seluruh anggota badan nih mula rasa tak nak berenggang daripada tilam anginku yg gebus  tuh :p Bangun2 je memang dah time matahari tercacak atas kepala dah, sepatutnye lah kan. Tapi oleh kerana si katak dah asyik dok panggil hujan je, jadik hujan pon turun dengan lajunye tanpa rase belas kasihan kepada saya yang nak STUDY nih, kononnya. Sabor jelah -__-"

Apabila mata nih mula aktif melihat dunia, perut pon mula berkeroncong lagu M. Daud Kilau. "Senyumlah, senyumlah, ahai cek mek molek. ohooohoiii.... ;) " Dan..... Bagai pucuk dicita ulam mendatang, rummate saya berkata " Izy, nasik lemak ada kat luar tuh. Makanlah :p " Sambil mata beliau khusyuk membaca buku QUALITY MANAGEMENT yang merupakan pekse yang bakal kitorang hadapi dengan hati yang tak berapa nak rela sebab ade dua pekse pada hari yang sama dan keesokan harinya pulak pun dua pekse lagi. Sabor jelah -__-"

Dalam ati nih, kalau saya jumpa lah makhluk yang susun jadual nih, memang konfem lah saya akan merayu kat 'benda' tuh supaya pertimbangkan semula tarikh tersebot and sudah2lah tuh kalau nak bergurau pon. T___T
Hal ini kerana, jadual tersebut tersangatlah tak efisyen mahupun efektif bagi saye yang suke bersuka ria ala kanak2 riang nih. argghhhh Rase macam nak mogok lapar je. Tapi adekah beliau yang menyusun jadual tersebut tahu bahawa saya mogok lapar?? Sudah tentu tidakk.. sabor jelah.. +_+

Berbalik kepada kesah nasik lemak tadi, ' benda' tersebut akan selamat dibaham sebentar lagi. Diharap nasik lemak tuh takkan jadik punca kejatuhan saye ye dengan menyebarkan VIRUS mengantoknye kepada saya. Nehi..nehi...nehi..kabhi nehi... Nyum3, nasik lemak pakcik tepi jalan kat kawasan perumahan nih memang maveles tapi agak kedukut sikit sebab bagi lauk ciput sangat. huhuhuhu sabor jelah...janji SODAP. :p


Sampai kat sini jelah dulu yee, nanti sambung lagi. Nak makan, nak minum, saye nak bace buku, buku nak bace saye and bla...bla..bla...:p
tata..titi..tutu..

Terima kasih sudi bace n luangkan mase :)



Thursday, March 10, 2011

Kenape mesti EXAM itu wujud???

Assalamualaikum..:)

Kenape mesti final EXAM tuh wujud ek? ak boleh ke kalau belaja je tapi tak payah pekse?ishh
Bile time nak STUDY je, mule lah kepala nih pening2 lalat. Kalau ber'fesbuk' segar bugar pulok.Sabor jelah.
Haih, payah2. Kalau lah EXAM dimansuhkan, saya la org yang paling bahagia kot. ;)

No more NESCAFE during study, no more terSTADO during STUDY, no more mata PANDA lepas berhempas pulas selama beberapa hari. Amek kau, tulah mak suroh study awal2 tak hengen, berjalan dan berfoye2 tak hengat dunie. Bile sampai time nak pekse, barulah nak mengensot2 carik buku ngn notes yang siap dah bersawang labah2. -__-'  Sabor jelah!!

Bile saat2 genting camni, tetiba saya teringat pulak azam setiap sem yang berbunyi, "kalaulah study awal2, mesti boleyy jawab kan?ermmm Sem depan takmo maen2 dah, nak wat short notes siap2. Takmo maen2 macam sem nih. -__-".
Tiap2 sem kot konfem keluar ayat yang sama, cume mungkin tahap kemenyesalan je yg beza samada tinggi ataupon ciput je. hehehe

Macam biasalah kan, janji hanya tinggal janji. Bila masok je sem baru, setan mula memainkan peranannye untuk menyesatkan saya yang sememangnye senang bebenor sesat jalan. :p
Kadang2 terpikir, kalau setan jahanam tuh takde, konfem ke saya boleh transform jadi rajin??? erkk (no komen)

Jadik,kesimpulannye cane nak jadi rajin nih? cane? cane? cane? boleh tolong bagi tips tak? hehe
Bila kemalasan untuk belajar dah smapai tahap infiniti, mulalah menaip macam budak takda ilmu. -___-"
Sabor jelah.......

Terima kasih sudi bace n luangkan mase :)

Sunday, March 6, 2011

Camping + Fishing

Assalamualaikum..hye korangg. Apa khabar hari nih? Sihat tak?
Saya baru je balik daripada CAMPING and FISHING dengan family. Seronok gilak ah.
Kebetulan next week dah start final exam. So, aktiviti camni bagus untuk kesehatan lagi2 tension mase nak perah otak kan? Time tengok buku tuh dah jadi kecik besar kecik besar. Tekak mula rasa mual2 kalah org mengandong. So, rehatkanlah diri kat tempat2 rekreasi. 

Macam kali nih saya pegi kat Bukit Cherakah, Shah Alam. Best! Ada tapak khemah, danau perikanan utk memancing, chalet, and banyak lagi. Aktiviti kitorg setakat camping and memancing je. Memang best. Dapatlah merakam sikit kenangan semasa berada kat sini.

tadaaa...hari 1st memancing :p
abah bg pancing murah je..hik3 
Ayahnda terchenta :)


khusyuk gila..



adeq mushuk :)

bunda trchenta :)





sunburn +_+

Best memang best. Tapi malangnya, muka ai habes sunburn sebab tak pakai sunblock lansung. Sampai je rumah rummate tegor muke merah padam. Okeyy, saya tak berapa nk heran. Seriously! Tapi bile mandi, basuh muke and then letak moisturiser, pedih beb kulit nih. T_T  Kalau tau akan jadi camni, konfem seblom kuar dah pakai helmet siap2 cover.huhuhu 

Here ada some tips daripada cik rummate saya untuk elakkan daripada terkena sunburn macam saye ni ye. Carenye senang yg amat sebab bende nih konfem ade dlm esbok rumah korang kan?hehe Lumurkan muka dengan air asam jawa sejam seblom bersukaria kat bawah matahari yee. Takmo berlagak hebakk macam saye tadi..huhuhu Yee, saye tersangatlah menyesal..+_+

Okelah, badan pon dah penat. Mata pon dah rase mcm nak tertutup sendiri. Nak tido sekejap before study untuk final peperiksaan yg bakal menjadikan dunia girangku manjadi kucar-kacir. :) Bye.

Thank you for reading and your time :)

Friday, March 4, 2011

SAHABAT

Sahabat tuh ape? Kawan ape pulak? Sama je kan? Kenapa lah mesti nak pakai banyak bebenor bahasa berbunga. Meh sini saya nak habaq mai. Kawan adalah seseorang yang bersama dengan kita disaat senang je. Kawan ni mudah sangat nak dapat, ada kat mana2. Bila kita ade harta, pangkat, nama atau kelebihan makin ramai kawan yang datang nak dekat dengan kita. Agree? Katakan lah kita ada masalah, konfem KAWAN tersebut blah dengan kadar laju nak mampos. Tapi kalau dia yang nak mintak tolong dengan kita, dia akan persuade kite macam pijak gajah pon x mampos2. Hah! Penah tak berdepan dengan situasi tuh? Konfem penah kan.

Tapi, SAHABAT satu dalam seribu pon belum tentu dapat. Sahabat adalah orang yang sanggup menemani kita waktu kita susah ataupon senang. Bila kita perlukan seseorang untuk meluahkan,dia sentiasa ada untuk kita bukannya mengelak daripada jumpa kita.

Sahabat yang baik mengajak kita ke arah kebaikan bukannya ke lembah kehancuran. Sahabat yang baik juga sentiasa memahami dan tidak bersangka buruk terhadap kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur semua salah kita, bukannya menyokong kesilapan tersebut. Itulah SAHABAT.

SAHABAT saya. Insyaallah :)




Semoga hubungan kami berkekalan dan diredhai Allah. Amin :)

Thank for reading and your time :)

FESYEN sekarang


Assalamualaikum.Hye korang,sihat ke?dah makan?For me, of course dah.hehe
Topik hari ni as my opening post is all about fesyen. Bile sebut pasal fesyen kan, apa ek persepsi korang terhadap fesyen?Ekceli,saya sendiri pon kurang mahir pasal fesyen ni tp selama menjadi stalker ni..(yeah..i'm stalker for such a long time ^_^) say
a semakin berminat terhadap fesyen.

Fesyen sekarang dengan fesyen dulu. Adekah semakin maju atau semakin kembali ke takuk lame?Cube kite tengok fesyen remaja sekarang. Macam dah rotate ke zaman dolu-dolu kan? Setuju tak?Polka dot and baju bunga2 menjadi kegilaan. Skirt,reben segala, daripada atas sampai bawah macam pelangi. Is it nice? or those people dah menjadi mangsa kepada "FESYEN"? Memanglah berfesyen tak salah, tapi biarlah sesuai dengan keadaan and tempatnye. Betol tak?

Cube kite tengok fesyen Yuna. Yes, she is versatile on her own way and she's one of the fashion icon for muslimah teenagers. She wore those style of hijab for a show, at stage. So, is it appropriate if that kind of hijab style is wear for lecture or class? What do you guys think? I'm not saying that its wrong, of course not. Everybody have difference perception on something right? So, just give your opinion.

gorgeous rite?

Kalau pegi dinner,memang meletop kot, gojes gilak but what if NOT? Maksud saya kalau bukan untuk dinner camne pulak? Pegi kelas dress camni? Berbaloi ke melawa sakan hanya setakat untuk pegi kelas, sit and listen. Got it? Faham tak maksud saya dengan sesuaikan mengikut keadaan. Betapa ayu and gojesnye gadis muslimah sekarang. Siape kate gadis bertudung tak boleh berfesyen? Cume kenalah pandai sesuaikan dengan diri kita, tempat kita nak pegi, perkara yg kita nak buat and maybe majlis yang nak kita hadiri. Simple thing right?

Kalau dulu gadis muslimah hanya boleh bergaya dengan kurung, jubah,or kebaya only but now its totally difference. Gadis bertudung pon cun meletop kot macam several blogger yg famous like Fatin Liyana, Cik Epal, Lyana Hisham, Yuyu Zulaikha and more. For those yang rajin merayap ke belog org2 famous nih macam saya, for sure you know who those pretty girl are right?

Before this, I do have a blog but tak aktif lansung but now after being stalker for a quit time, saya nak mencuba. Tolong support saya ye. And tegurlah if I do had any mistakes in my words. Im just NEW. :)

Thank you for reading and your TiME. :)