Wednesday, March 23, 2011

Pengorbanan mak dan ayah.

Assalamualaikum :)

Uols apa khabar? Sihat? For me, alhamdullillah. This holiday let me spend my very precious moment with my beloved family. Yes, as we getting older, its mean that we only have a short time with THEM, our parents right??

Jadi, cuti nih memang saya ikut je mana mak dan abah nak pegi and apa yang mak abah nak buat. Walaupun kadang2 rasa malas menguasai diri. Tapi, lebih baik daripada mengecewakan hati mak dan abah kan? Dah lah, masa belajar asyik busy memanjang, kalau ada masa pun, lebih baik tido kan. Balik rumah agak jarang, so cuti nih manfaatkan sepenuhnya lah untuk bersama keluarga. Bukan apa, kita tak tau sampai bila kita dapat bersama dengan mereka. Ajal maut semua ditangan Allah, masih lagi ghaib daripada pengetahuan kita. Sebelum menyesal, lebih baik kita beringat. Jangan sampai nanti hidup dalam penyesalan sebab tak pernah nak menghargai masa dan peluang yang Allah dah bagi kepada kita untuk gembirakan hati mak dan ayah kita.

Bukanlah susah sangat nak bahagiakan mak ayah nih, cukuplah sekadar anak-anak diorang ingat, ambil berat dan luangkan masa. Itu dah cukup untuk mereka. Apalah sangat masa untuk mak ayah, nak makan sama2, tengok tv sama2, memancing and macam2 lagi aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan bersama family kan. Kalau dengan boyfie, sentiasa ada masa, tak kira hujan ke panas ke, redah je demi buah ati tersayang. Tapi dengan mak ayah??? "Alaa...mak, abah, busy nih. Byk assgmnt. Lain kali jelah eyh." Emmm..Saya pernah keluarkan dialog nih kpd mak ayah saya and seriously saya menyesal sangat lepas tuh. Terus saya call semula dan ajak mereka keluar at least lepak kat kedai makan sekejap.

Ya Allah, hanya Allah tau macamana perasaan saya waktu tuh, bersalah sangat kat mak abah saya. Selama nih, kalau saya demam ke, rindu kat diorang ke, atau nak mintak tolong, dengan pantas mak abah akan datang kat kolej and bagi apa yang saya nak walaupun waktu tuh mereka sendiri tengah demam, tak sihat, busy, and hujan lebat plus ribut. Tak kira tengah malam buta, atau pagi gelap lagi, mereka akan gagahkan diri untuk datang dan bantu anak perempuan mereka yang sorang nih. Betapa besarnya pengorbanan mereka kan? Tapi, kadang2 saya tak mampu nak buat semua tuh untuk mereka. Macam2 alasan saya bagi kalau mak abah suruh pergi kedai beli barang, sebab MALAS.


Benarlah kata orang, emak dan ayah mampu menjaga, membesarkan, menyara, dan memberi kasih sayang pada 12 orang anak, tapi 12 orang anak tuh belum tentu lagi mampu nak bagi semua tuh pada emak dan ayah tersebut. Setuju? Setiap orang ada pandangan masing2 kan, jadi terpulang pada uols untuk menilai kan. Tapi, apa pun, hargailah mak dan ayah uols sementara mereka masih ada sebab kita tak tau bila Allah akan menjemput mereka. Walaupun mati itu pasti, tapi selagi kita buat yang terbaik, kita akan lepaskan mereka pergi tanpa sebarang penyesalan dan redha dengan ketentuanNYA. :)

p/s: birthday my adik dah dekat, nak bagi hadiah apa ek?

Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment