Wednesday, March 30, 2011

Kisah adik, nasik ayam, roti high5 dan munyet ber'buntut' buasir :p

Assalamualaikum :)

Korang ingat tak hari tuh saya ada cakap nak hapdet pasal kisah adik saya dan si monyet ber’bontot’ buasir kat Bukit Cherakah?? Ada kan?? Hehehe Jadi, hari nih saya nak story-mory kat u’ols kisahnya yang memang terbukti kebenarannya, tiada yang benar melainkan yang benar. Kisah yang tersangat menyayat hati lagi mencalarkan emosi adik saya yang comel tuh. Panjang bebenor mukadimahnye ye :p Al- maklumlah, cita-cita nak jadi polis, tuh yang suka buat karangan berjela-jela. Erk, saye tau tak ada kaitan lansong, sile abaikan :p

Straight to the point, weekend lepas, saya dan family saya iaitu mak, abah dan adik yang kecik tuh pergi ber’senang-lenang’ ala2 bujang senang kat Bukit Cherakah, Shah Alam. Biasanya kami ber’camping’ je, tapi on that day kami sewa chalet sebab tak ada siapa pun yang camping dan kami je yang akan menghuni tapak camping tuh. Jadik, mak pun tukar plan terus sewa chalet.

Selepas dapat kunci, kami pun dengan pantasnye terus pergi ke chalet tuh, punggah semua barang dalam umah and then menggedik2 kejap ambik gambar monyet ber’bontot’ buasir yang memang suke nau ber’posing maut gitu. Huh! Pantang nampak kamera, gila bergambar jugak. Podacett!Konon-konon lari, padahal dok turun naik kat pokok tuh dengan macam2 aksi sampai malass saya nak layan dah. Lepas tuh terus gi Danau Perikanan, tempat abah dan saya biasa memancing. Biasalah, mak gila camping and bercuti bagai, abah pulak gila memancing. Memang padanlah tuh, gandingan ideal kan. Huhuhu +__+

Sebelum sampai tempat mancing tuh, kitorang singgah dulu kat kedai makan, mak lapar, jadik tapau lah dua bungkus nasik ayam bersama jajan2 yang sepatutnya untuk anak2nye yang ‘hantu jajan’ semuanya. Satu nasik ayam, mak habiskan masa teman saya dan abah memancing and satu lagi simpan kononnya untuk adik kalau lapar nanti. Okayy fine, lepas tuh adik dengan mak mula bising nak balik bilik, boring la kot dok tepi tasik tuh menangok je, dah lah sebutir ikan pon x nampak. Kureng hasam punya ikan! Sampai adik pon menangis2 nak balik. Mengade betol budak kecik tuh, saya baru nak lepas gian mancing, dah nak ajak balik. Potong stim betol!! Abah pon terpaksa lah hantar mak dengan adik tuh balik dengan muka bengang :p And abah suruh saya tunggu kat tasik tuh, saya pun dengan senang hatinya tunggu lah. Yelaa…..nak tenangkan fikiranlah kononnya kan. Jadik, mak, adik, sebungkus nasik ayam, dan sebungkus roti high5 tuh pon baliklah bilik and saya dengan abah pun teruskan memancing sampailah ke maghrib, baru kitorang balik.

Sampai je kat bilik, mak dengan nada cemasnye berkata, “Nasik ayam dengan roti dah takda, adik lapar. Masuklah cepat, mak ado bondo nak cito nih.” Saya pun masuk.

Saya: Alak mak?? Makanan tingga ko?? Tingga kek no??

Mak: Takk… Kau tau, tadi monyet buntut buasir tuh, disorang ea omak ngan adik. Bosa monyet tuh, lagi tinggi daripado adik kau. Nak ditorkam ea adik kau tadi. Takut omak…. (mintak maap ler, mak saye speaking London :p )

Saya: Hah!!! Abih tuh camno?? Dikojar ea ko??

Mak: Menyeringai deh kek omak, gigi ea tajam2, nak dicokau ea adik kau. Peh tu, omak teringat, kek tompek camni mano buleh bawak makanan berlenggang2. Omak terpikir, mesti dio nak makanan ni agak ea. Omak pon campaklah nasik ayam ngan ruti tu jauh2. Lopeh tu, monyet tu toruih pogi kek makanan tu. Tak dipandang ea la omak ngan adik ni. Omak pon bawaklah adik kau pi jalan copek2.

Saya: Laaa…Omak lenggang2 kangkong ko tadi. Nasib baik takdo papo.

Mak: Adik kau menangih2. Dio cakap, “Habeslah makanan adikkk…..Monyet buntut buasir tuh dah curik makanan adik… Mamaaaa, monyet tu curik makanan kita…..” Sambil menangis2 tak hengat dunia. Mak saya cakaplah kan. Adik memang suka nasik ayam tuh.

Pastuh budak kecik tuh datang kat saya cakap, “ kakak, tadi adik kena rompak dengan munyet buntut buasir tuh, habes makanan adik.” Tak boleh blah, dia asyik ulang ayat yang sama je. Sampailah ke hari nih. Trauma lah kot. So, malam tuh abah terpaksa keluar gi carik makanan sebab kebanyakan kedai tutup waktu malam. Tapi nasib baik ada yang bukak lagi. Kalau tak, berlaparlah kitorang malam tuh kan.

nampak tak menatang tuh?? (anak panah tuh....)

Menatang kat atas tuh adelah sedara bau2 stoberi + epal kepada menatang yang meroyan kejar adik dengan mak saya. hehehe Gambar "beliau" belom dapat di upload lagik :p Tapi saya rasa korang kenal kot spesis tuh, muka buruk, buntutnye terkeluar. huhuhu

Uish, panjang karangan saya hari nih, mesti korang boring baca kan?? Huhuhu Tapi, pengajaran daripada cerita nih, jangan bawak makanan atau minuman kat tempat rekreasi yang ada monyet, babun, orang utan, dan yang sewaktu dengannya tau. Kalau dah terbawak tuh, korang campakk jelah, janganlah korang bawak lari pulak menatang tuh, konfem dikejarnye korangg nanti. Okayy, till here then, take care korangg. Have a nice day. :)

Terima kasih sudi baca :)


Happy Birthday adik mushuk ;)

Assalamualaikum readers :)

Hari nih merupakan hari lahir adik bongsu saya yang ke 5 tahun. Adik kecik yang sangat manja, nakal, mengade dan pengarang jantung kami semua. Kelahiran si kecil yang tidak disangka sama sekali, sebab mak saya mengandungkan dia ketika saya di tingkatan 5 dan adik kedua saya tingkatan 1. Bayangkan, betapa jauhnya perbezaan umur kami??

Tapi itulah rezeki Allah, budak kecik tuh la yang menyerikan rumah kecil kami nih yang sebelumnya sunyi je tanpa ada kerenah budak2. Masing2 dah meningkat remaja, jadik tak ada lah nak bermanja sangat dengan mak abah kan? Bila budak kecik nih ada, memang riuh lah rumah nih sebab dia yang paling kecik kan, memang mengade habes. Selalu mintak cium daripada mak, abah, akak yang brutal nih and abg ngah dia. Kadang2 tak dilayan pun, sebab tak larat dah nak layan kerenah.

Bila adik tak sihat, Ya Allah, risau sangat. Adik selalu sakit, antibodi dia tak kuat. Mungkin sebab mak mengandungkan dia masa umur dah hampir 40-an. Dia selalu masuk wad. Kesian adik, kecik2 lagi dah bersahabat dengan ubat dan selalu disuntik ubat, ambik darah segala. Tapi adik kuat, dia tak menangis walaupun ketika mata dia tepat pandang ke arah jarum tuh. Kuatnya adik....Sekuat semangat emak dan abahnya.

Sekarang, adik semakin besar, dah 5 tahun pun. Adik dah capai banyak kemajuan. Adik dah pandai membaca, menulis, sembahyang, hafaz doa dan mula berjinak dengan bahasa inggeris. Alhamdullillah :)
Semakin adik besar, bermakna semakin matanglah dia. Tak ada lah lagi budak kecik yang merengek mintak didukung, tergolek2 bila tak dapat bangun sendiri dan tak dapatlah nak peluk2, cium2 sangat lagi. Adik dah mula leka dengan dunia sendiri, dengan aktiviti sendiri dan dengan minatnya yang tersendiri. Adik sangat pandai berkata2, petah, macam orang dewasa.

Walau apa pun, adik tetap adik kecil saya yang sangat manja, bijak, nakal dan mengade tak kira walau berapa pun umurnya. Semoga adik dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan  berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah. Akak sayang adik sangat2. :)


budak kenit kesayangan saya :) comel tak?

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, March 23, 2011

spageti orang melayu ;)

Assalamualaikum..

Hai korang, dah makan? Ahah, kalau belom makan saya nak jempot makan nih, spegeti bolognis melayu punye resepi. Nak tak?? Baik cakap nak, sebab kalau korang tak nak pon saya nak bagi gak :p

Untuk buat spageti nih, barang yang korang perlukan ialah:

  1. Spageti (sepeket, rebus)
  2. Minyak masak (2-3 sudu besar)
  3. Cili boh / cili giling ( 3 sudu besar)
  4. Bawang putih (4 ulas, dipotong dadu)
  5. Bawang besar (2 biji, dipotong dadu)
  6. Cendawan butang ( dlm tin sudah.. hiris nipis.)
  7. Daging hancus / ayam hancus (sepeket, basuh dan tos kan)
  8. Sos spegeti KIMBALL tradisional (sebotol)
Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak, terpulang kat uols samada nak guna minyak zaitun or minyak masak biasa. Jangan minyak rambut, minyak motor or minyak angin sudahlah :p
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah, sampai naik bau, make sure garing tau baru sedap.
  3. Masukkan cili boh, tumis sampai nampak menggelegak.
  4. Masukkan sos spegeti dan tambah air sikit untuk cairkan sos tuh. Kuantiti air agak2 cair macam yang uols nak lah kan.
  5. Biarkan 3 minit, pastuh masukkan daging hancur tuh and kacau sampai sebati dengan kuah. Pastikan daging tuh tak berketul2 besar penumbuk ye. Biarkan sampai mendidih.
  6. Masukkan garam, ajinomoto ( xletak pon xpe), dan gula untuk "balance"kan rasa kuah tuh.
  7. Last sekali, masukkan cendawan butang.
Sementara masak sos tuh, uols rebuslah spegeti td, jangan lupa letak minyak dan garam dalam air rebusan tuh. Minyak tuh gunanya untuk elakkan spegeti tuh melekat2. Lepas tuh, sedia untuk dihidang. Kalau suka, taburlah hiasan. Kalau tak, belasah jelah :p

nih lah hasilnya. memang x dihias lansung :p 

Kenapa namanye "SPEGETI MELAYU"?? Sebab dia tak masam sangat and pedas. Ada orang tak suka terlampau masam, especially tekak orang veteran ( orang tua) kan. So, mak saya modified resepi nih, ikut selera orang tua. Tapi, orang muda pun boleh makan gak. Sedapp tau. Jadik, selamat mencuba :)

Terima kasih sudi baca. :)

Pengorbanan mak dan ayah.

Assalamualaikum :)

Uols apa khabar? Sihat? For me, alhamdullillah. This holiday let me spend my very precious moment with my beloved family. Yes, as we getting older, its mean that we only have a short time with THEM, our parents right??

Jadi, cuti nih memang saya ikut je mana mak dan abah nak pegi and apa yang mak abah nak buat. Walaupun kadang2 rasa malas menguasai diri. Tapi, lebih baik daripada mengecewakan hati mak dan abah kan? Dah lah, masa belajar asyik busy memanjang, kalau ada masa pun, lebih baik tido kan. Balik rumah agak jarang, so cuti nih manfaatkan sepenuhnya lah untuk bersama keluarga. Bukan apa, kita tak tau sampai bila kita dapat bersama dengan mereka. Ajal maut semua ditangan Allah, masih lagi ghaib daripada pengetahuan kita. Sebelum menyesal, lebih baik kita beringat. Jangan sampai nanti hidup dalam penyesalan sebab tak pernah nak menghargai masa dan peluang yang Allah dah bagi kepada kita untuk gembirakan hati mak dan ayah kita.

Bukanlah susah sangat nak bahagiakan mak ayah nih, cukuplah sekadar anak-anak diorang ingat, ambil berat dan luangkan masa. Itu dah cukup untuk mereka. Apalah sangat masa untuk mak ayah, nak makan sama2, tengok tv sama2, memancing and macam2 lagi aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan bersama family kan. Kalau dengan boyfie, sentiasa ada masa, tak kira hujan ke panas ke, redah je demi buah ati tersayang. Tapi dengan mak ayah??? "Alaa...mak, abah, busy nih. Byk assgmnt. Lain kali jelah eyh." Emmm..Saya pernah keluarkan dialog nih kpd mak ayah saya and seriously saya menyesal sangat lepas tuh. Terus saya call semula dan ajak mereka keluar at least lepak kat kedai makan sekejap.

Ya Allah, hanya Allah tau macamana perasaan saya waktu tuh, bersalah sangat kat mak abah saya. Selama nih, kalau saya demam ke, rindu kat diorang ke, atau nak mintak tolong, dengan pantas mak abah akan datang kat kolej and bagi apa yang saya nak walaupun waktu tuh mereka sendiri tengah demam, tak sihat, busy, and hujan lebat plus ribut. Tak kira tengah malam buta, atau pagi gelap lagi, mereka akan gagahkan diri untuk datang dan bantu anak perempuan mereka yang sorang nih. Betapa besarnya pengorbanan mereka kan? Tapi, kadang2 saya tak mampu nak buat semua tuh untuk mereka. Macam2 alasan saya bagi kalau mak abah suruh pergi kedai beli barang, sebab MALAS.


Benarlah kata orang, emak dan ayah mampu menjaga, membesarkan, menyara, dan memberi kasih sayang pada 12 orang anak, tapi 12 orang anak tuh belum tentu lagi mampu nak bagi semua tuh pada emak dan ayah tersebut. Setuju? Setiap orang ada pandangan masing2 kan, jadi terpulang pada uols untuk menilai kan. Tapi, apa pun, hargailah mak dan ayah uols sementara mereka masih ada sebab kita tak tau bila Allah akan menjemput mereka. Walaupun mati itu pasti, tapi selagi kita buat yang terbaik, kita akan lepaskan mereka pergi tanpa sebarang penyesalan dan redha dengan ketentuanNYA. :)

p/s: birthday my adik dah dekat, nak bagi hadiah apa ek?

Terima kasih sudi baca :)

Thursday, March 17, 2011

Hari pertama cuti SEKOLAH ;)

Assalamualaikum :)

Hari nih, dah ada kat umah dah. Jadi, tak boleh la malas2 macam dok umah bujang kan +_+
Kena tolong mak masak, basuh baju, jemur baju, kemas umah dan tugasan2 suri rumah tangga sepenuh masa yang lain. Wah....Sangatlah tak rajin. Tapi, cian kat mak, kalau bukan saya yang tolong siapa lagi kan?? Takkan adik mushuk yang cinonet tuh kot, memporak-perandakan umah reti lah dia dengan menan-menan segala tuh. haih...nasib baek kecik lagi. Kalau tak, memang berbintat dahi budak tuh saya kerjakan. Sabor jelah T__T

Apakah plan untuk cuti yang tak berapa nak lama nih?? 3 minggu tuh consider celah2 gigi je..Tak puas lansung untuk menikmati dunia riang ria nih. *__* Senarai plan untuk cuti kali nih adelah :

  • Tido puas2 sampai tak larat nak tido dah
  • Tengok tibi sampai tibi pon muak tengok muka saya
  • Camping dengan mak yang memang gila bercamping :p
  • Memancing dengan abah yang pantang dengar perkataan mancing
  • Main masak2 pastuh pakse CHENTA saya makan semua tuh walaupon tak sedap ;p
  • Buli adik sampai dia nangis tak hengat dunia. hehehe
Tu jelah kot plan saya setakat nih, kalau ada lagi nanti tak taulah kan. Tak dirancang lah namenya tuh. Tapi yang penting, nak manfaatkan cuti nih sebaiknya dengan mencari bahan untuk project paper nanti. Okayylah, till here then. Nanti sambung lagi tau.:) Take care korangg dan jangan noty2 taw.

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, March 16, 2011

Tamat sudah PENYIKSAANku T__T

Assalamualaikum :)
Hye korangg...Dah makan belom??Dah mandi??Ke.....Dah lapar balik??erkk :p
Hari nih sangat heavon sebab pekse dah habes. So, boleyy la balas dendam tido lama2 ganti balik masa tido yang tergadai hari tuh. ^,^

Bangun tido, kepala pitam..aiyokkk Tido terlampau lama pun xbaik untuk kesihatan sebenarnye kan?huhuhu
Pastuh, tengkok ni hah pon rase cam terkehel je. Ntah camne la gaya tido TERLAMPAU tuh kan, sampai terlipat2 tengkok nih.. Penat bebenor macam keja kontrak pulak rasa :p

Kalau ngadu ngan mak kan, mesti mak kata, "tulah, tidor sampai tak sedar diri. Tau2 besok, dah gelap je, dalam kubor.. +_+"  Gurlp...Ayat mak, tercalar hatiku :p So, memang takde maknanye lah nak ngadu kat mak, pilihan terakhir.hehehe Tapi kali nih mak faham pulak, pasal jadual memang tak boleh belah. Tiap2 ari tepon tanya progress, dengan harapan dengan harapan dengar anaknye berkata..."yeahhh...4felat mak ;) " Sian mak. Harapan hanya tinggal harapan sebab anaknya asyik berkata, susahlah mak.huhuhuhu -___-"

Tapi, semester nih saya dah cuba buat yang terbaik dengan fokus betol2 setiap kali test, kuiz mahupun esaimen. Selebihnya tawakal jelah. Semua orang nak berjaya kan, cuma bukan senang nak dapat semua tuh.
Apepun, semester nih banyak mengajar saya erti sabar, redha dan bertenang. Suka tak suka kena gak hadap, mane boleyy sebab jadual pon tak boleh nak jawab pekse kan. So, think positip :)

Semalam habes pekse, camwhore kejap.hehehe So layan la beberapa bijik gambar yang diambik oleh kamera talipon je :)


 muka bahagia..:)

 panda versi manusia -__-"


 kami 4 sekawan :)

 rummate sy :)

 jom makan... nyum :p

 housemate + kawan :)

jom makan...... :)

Dengan habisnye peksa pada semalam, bermakna habes lah sudah usaha saya pada sem nih. Pas nih, dupdap pulak nak tunggu RESULT.. Doakan saya ye. Till here then, nak mengemas barang untuk balik rumah :)
Take care korangg. Rajin2 lah singgah belog buruk nih ye. Babai :)

Terima kasih sudi baca :)

Monday, March 14, 2011

Selamat malam :)

Hari nih tak tau nak hapdet apa :p
Esok ade lagi 2 paper.
LAST!!!
For this semester...
Wish me luck okayy :)

Thank you for read :)