Tuesday, May 10, 2011

Abg Ben main mata dengan sayelah! ;)

ihsan abg ben ashaari :)

dear blogger, ;)

tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya perasaan saya sekarang nih, hanya ALLAH yang tau kenapa dan bagaimana. nak tau tak kenapa?? sebab saye menang loteri? menang cabutan bertuah? tak lah. tengok tajuk entry lah sikit der, abg Ben Ashaari follow blog buruk saya nih tau sebagai follower ke 42#. ^^

honestly, saya rasa terharu sangat abg ben sudi dtg ke blog mentah nih, follow dan promote lagi kat blog beliau. seriously, tak ada kata2 yang dapat gambarkan perasaan nih, happy and teruja kot. before this, blog nih sunyi je, mcm tak hidup je. tapi, saya teruskan jugak dengan berbekalkan apa yang saya tau, buat dan mahu. at least ade yang nampak effort sy tuh kan? alhamdullillah :)

hari nih dapat semangat baru, semangat berkobar2. chewah! jom kita sama2 berkongsi cerita dan idea. mana tau, boleh jadi blogger yang lebih dikenali dan disenangi jugak. ape pon, thanks a lot to abg ben ashaari :)

terima kasih sudi baca :)

Monday, May 9, 2011

"ikut hati mati, ikut rasa binasa"~

assalamualaikum.

saya baru pulang daripada melepak bersama seorang kawan dan berbicara hati ke hati. cewahh! :p ye, memang kami banyak bercakap tentang hati masing2. tentang pasangan masing2 dan tentang love life masing2. kat situ buat saya terfikir, kenapa kadang2 manusia nih tak reti nak menghargai apa yang dah ada depan mata, yang baik dan sangat sayangkan dia demi seseorang yg belom tentu akan sayangkan dia, menghargai dia dan melayan dia lebih baik daripada orang yg ditinggalkan tuh.

kenapa dia sanggup tinggalkan?? sebab perasaan ingin memiliki seorang insan yang lain sangat tebal dalam hati dan fikiran dan berpegang teguh pada alasan, " salah ke kalau kita nak dapatkan orang yang kita sayang?". emm,  tak ada yang salahnya dalam isu atau perkara berkaitan hati nih. benda tuh hak masing2 kan. kita berhak untuk hidup bahagia, berhak untuk mendapatkan apa yang kita nak, berhak untuk bersuara dan sebagainya. tuh hak asasi manusia kan?

tapi, apa akan jadi pada pasangan tangkap muat kita tuh? apa nasib dia bila kita tinggalkan dia? tak menderita ke dia? tak rasa berdosa atau bersalah ke bila kecewakan hati orang tanpa memikirkan apa akan jadi kat dia lepas tuh? berbaloi ke tinggalkan orang yang sangat sayangkan kita demi orang yang sangat kita sayang tapi tak tau nak menghargai perasaan kita? you have your own answer right? 

ibarat kata pepatah, " yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", jangan sampai menyesal di kemudian hari bila orang yg sangat baik dan kita dah tinggalkan tuh dimiliki oleh orang lain. waktu tuh, meraung, menangis air mata darah pon tak guna lagik kan? dia bahagia, sedangkan kamu menderita dan mungkin menyesal memilih orang tersebut. 

fikirlah dan buatlah keputusan sebaik2 nya sebelum mengambil sebarang keputusan. jangan terburu2 dalam memilih apa yang terbaik untuk hidup kita dan diri kita. perasaan sayang tuh boleh dipupuk even selepas nikah pon, tapi yang paling penting kita dapat pasangan yang menghormati, menghargai dan menerima kita seadanya. insyaallah dia akan menjaga kita sebaiknya dan tak akan mensia2kan kita.

orang tua pon selalu berpesan, " ikut hati mati, ikut rasa binasa". jangan salah pilih langkah, dan buat keputusan. hati memang tak pernah puas dengan apa yang ada tapi ALLAH kurniakan akal untuk kita berfikir dan menilai mana yang baik dan yang buruk. sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada ALLAH dan yang buruk daripada saya sendiri~



Terima kasih sudi baca :)

kesian mak~

Assalamualaikum.. :)

Baru balik daripada makan dengan mak, abah and my little brother. makan ditempat favourite mak and abah, macam biasa lah. yang tak biasanya ialah, mak dah tak boleh makan macam biasa. bukan lah tak boleh ngunyah sebab gigi dah tak ada, tapi sbb mak dah mula kena berpantang atas sebab2 kesihatan. sian mak :'(

tadi, mak senyum2 je pandang kat otak2 yang memang favourite dia tuh dengan harapan abah bagi lah dia makan otak2 tuh barang seketol dua. tapi, tau tak apa yang abah buat?? abah jaohkan otak2 tuh dpd mak, sian mak kan. bukan apa, mak tak boleh makan yang bukan2 lagi dah, abah tak sanggup tengok mak sakit lagik. sebab abah sayang kat mak. kan?

tapi..... punyalah baiknya anak nih, pegi hulur kat mak seketol otak2, takot mak kempunan :p abah pandang saya dengan muka bengis je. huhuhu tak sampai hati kot tengok mak teringin kat something tapi tak dapat makan. sebab mak saya memang kaki makan, bagi jelah hape jenis makanan pon, semua die belasah. tragis kot bila mak dipisahkan dengan makanan favourite dia, "satay".

nak dijadikan story, makcik meja depan tuh pi order satay pulok. mak pon ape lagi, tergugat habeslah iman dia. hoh! bila abah gi bayar makanan, dia pon senyap2 dan dengan kadar sepantas kilat bagi duit kat saya soh order satay sambil soh rahsiakan daripada abah. takot pulak tuh. hehehe tapi akhirnya kantoi gak mak, yelah dah habes makan, dah bayar siap sume, satay dia tak siap2 lagik. dengan muka comel, habes semua air mak sedut tanpa pandang muka abah :p hahaha sian mak kan. nak makan pon kena sorok2. tapi dia tetap nak salahkan abah sebab bawak gi makan kat tempat yang ada satay. abah jugak yang kena. hik hik hik

ihsan pok cik google ;)

pengajaran daripada kisah nih ialah, jaga kesihatan korang tuh baik2 sebelom sakit. jangan main belasah je segala jenis makanan sampai tak hengat dunia. kang dah sakit, tak boleh makan itulah, jgn makan ni lah, hah, kan dah susah. jadik la macam kes mak saye tadi :p so, jagalah kesihatan anda sebelom anda disakitkan~

terima kasih sudi baca :)

Panas gila kot hari nih. Fuh!

Hoh! Kepanasan matahari hari nih menggigit kulit saya yang nipis bak kulit baby tua nih. Adoyy! Dah lah class 3 jam dapat air cond macam nak mati je, hidop segan mampos tak mau. Tiga jam kot! Habes berair satu badan. dalam hati punyalah baran gila, tunggu lecturer yang tak reti nak berhenti membebel. Tak panas ke beliau? Konfius saya.

Tapi apekan daya, ahad nih nak test dah, and awal bulan 6 nanti final dah mula menjenguk dalam mimpi indah saya. Kacau ar, nak tidor sedap2 pon dah ibarat mimpi ngeri dah. Scary kot! Rasa macam baru je register minggu lepas. Tau2 nak final exam dah? Hoh! Masa yang mencemburui saya atau saya yang tak perasan masa tuh dok bersaing dengan saya ibarat larian 100m?

Niat hati nak bank in duit, so dengan gigihnya menapak ke petronas yang ade mesin cash deposit. Dia pon nak tambah baran saya, ROSAK lah pulok. Damn! Dah lah panas, jaoh pulok tuh. Hadoyy Kalau tau, baik balik je teros tadi. Rusak plan dahku.

Dengan hati yang panas bercampur dengan kebuluran tahap infiniti, menapak lagik ke bus stop. Ya ampunn, panas gila. Nak hujan kot! Tunggu punya tunggu bas, tak sampai2 jugak. Mogok ke hape pakcik drebar tuh. Hadoyy, otak dah terbayang surga loka saya dah. Tilam dan bantal busok. ;p

Setelah setengah jam penantian yang penoh dengan penyiksaan, sampailah bas yg ditunggu untuk menjempot kami. Dah macam sardin dalm tin dah saya tengok, kalah sardin. Tapi terpaksa redha, nak tunggu bas lain alamat pengsan lah kat sane. hoh! Tak sepatutnya berlaku kan. So, kitorang naik bas tuh, dan akhirnya sampai lah ke sorga loka saya nih. Wah, sekarang nak tidor, tidor dan tidor. Malam nanti nak berjuang utk esaimen pulok. Esaaimen and test submit pd hari yg sama pulak, reli kenot go lah. Okay, nnt cakap lagik. Nak manjekan mata ai nih kejap. bui bui ;)

pepanas bute pon nak posing gak. gasakkk! :p






Terima kasih sudi baca :)


Sunday, May 8, 2011

Selamat hari emak! ^^

Pada tanggal 23 Oktober 1998 1988, lahirlah seorang baby gurl yang sgt comel lagi cute yang diberi nama Norizyana. Baby tuh jugak merupakan anak pertama bagi mak dan abahnya, yang merupakan tanda cinta mereka berdua. Baby tuh sgt kuat menangis, pagi, petang, siang, malam, tak henti2 menangis sampai mak dan abahnya tak dapat tidor malam. Dah lah kuat melalak, lembik pulak tuh. Sikit2 demam, sikit2 demam. Hoh! 

Bila dah besar sikit, sikit je bukan besar banyak lagik pon, bukan main kuat lagi merajok budak pempuan tuh ( dah besar kan, so tak panggil baby dah. Geli kot! :p ). Kalau sekali dapat merajok, memang tak hengat dunia, bukan main susah nak pujok. Habes segala harte-bende mak abah dia, dihumbannya. Kurang kesedaran sivik betol budak pempuan tuh kan? Tapi, mak dan abah dia tetap sabar memujuk, belikan tora lah, ding dang lah, dan segala macam menan2 yang hot lah waktu thn 80-an dulu kan. Mesti korangg pon gila kompol menda alah tuh gak kan? hehe Takmo tipu2, dose :p

Budak pempuan tuh pun makin tambah membesar lagi dan lagi, tapi hanya pada angka semata lah bukan pada tubuh badannya ye. Harap maklum! Masih lagi pendek dan slim ye tuan2 dan puan2. ;)  Makin besar, makin mengade gila lah kan. Faham2 lah, anak sulung, lambat pulak tuh dapat adik. Memang mengade habes lah, sampai boleh muntah darah lah kalau korang ada kat tempat kejadian. Mulut makin pandai menjawab, ala2 lawyer kat mahkamah tuh, macam bontot ayam pon ada. Sepatah mak cakap, tiga ratus patah perkataan dibalasnya. Dah boleh jawab karangan SPM dah, memang konfem A++. :p

Masa mulutnya laju menjawab tuh, lansung tak terlintas kat hati die tentang perasaan mak dia. Sedih ke mak aku? Terasa ke mak aku? Kecik ati ke mak aku? Berdose ke aku? Derhaka ke aku?Tak pernah lansong terlintas kat kepala otak budak tuh. Teroknya anak~

Tapi, semakin budak pempuan tuh membesar, semakin dia mula merangkak2 memahami dan mula menyelami perasaan insan yang bergelar "emak" dan " abah" yang selama nih ibarat lilin yang membakar dirinya sendiri demi untuk menerangi kehidupan anaknya. Apapun akan cuba dilakukan, diusahakan, dan digigihkan asalkan anaknya mendapat kegembiraan dan keselesaan. Tapi, adakah anaknya tadi reti nak hargai pengorbanan emaknya? Tau ke dia mcamana nak menjaga hati emaknya?


buah hati pengarang jantung saya. syg mak ketat2~


Emak, terima kasih sebab sanggup mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan Eg mak. Terima kasih sebab sanggup bersengkang mata dan bersusah payah menjaga Eg waktu Eg sakit, dan mak sentiasa ada waktu Eg memerlukan mak. Waktu Eg kosong, sunyi, sedih, sakit hati, mak sentiasa ada untuk bagi sokongan yang tak berbelah bagi. 

Terima kasih mak sebab tak pernah penat dan malas bagi nasihat dan marah kat Eg setiap kali Eg buat salah ataupun leka, kalau mak tak pedulikan Eg, dan mak biarkan je apa yang Eg buat tanpa halangan, tak mungkin Eg pandai menjaga diri sehingga ke hari nih mak. Eg sangat bersyukur sebab Eg jadi siapa Eg hari nih, semua adalah dari hasil didikan "emak" dan "abah". Tanpa mak, siapalah Eg. Terima kasih mak untuk segalanya. Semoga Allah panjangkan umor mak, permudahkan rezeki mak, dan mengurniakan mak kesihatan yang baik. Eg sayang mak sampai syurga!

Selamat hari ibu mak :)

Terima kasih sudi baca :)




Saturday, May 7, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011



Assalamualaikum :)

Saya hanya blogger tak berapa nak matang yang nak berjinak2 dalam dunia blogging nih. So, nak cuba join segmen abg Ben ashaari. Kalau boleh nak berguru sekali. hik hik ;)

Jom kita join ramai2. Sapa2 yang mau join jugak boley melemparkan jari jemari kamu di sini yaa. Tak rugi pon kalau join, boleh tambah kenalan ade lah kot. :)

Wednesday, May 4, 2011

Mencintai tak semestinya memiliki~



Jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Tuhan.
Tapi, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya sayangkan dia.
Patah tumbuh hilang berganti, walaupun tak diganti dgn yg sama, tapi insyaallah yang lebih baik.

Belajarlah menerima hakikat, dan jangan menyesal dengan setiap keputusan yg kita sendiri buat.
Percayalah, disebalik setiap kepahitan yg Allah berikan, ada secebis kemanisan yg tidak terhingga nikmatnya.