Orang perempuan memang sinonim gila dengan perkataan "diet" nih kan bagi memastikan yang diorang dapat membentuk, mengembalikan ataupon mengekalkan bentuk badan yang cantik dan sehat. Kelass kau maria, hot stuff gitu :p
Haip, tapi bukan orang perempuan semata yang sibuk2 berdiet sampai tak sentuh nasik, eskrem, KFC, McD, makanan berlemak2 dan yang sewaktu dengannya. Orang lelaki pon diet jugak, biasanya untuk kempiskan perut yang dah mula mem'boroi' macam mengandung 9 bulan, takpon nak dapat body macam Malik Noor tuh an. hehehe
Biasanya masalah berat badan nih berpunca daripada pemakanan yang tak sihat dan mungkin jugak gaya hidup kita sendiri. Cuba bayangkan kalau dah sehari suntuk asyik mengunyah je, pantang nampak makanan macam pirana gi belasah makanan tuh, pastuh makan tido, makan tido, macamana tak gumuk kan? Selain daripada tuh, biasanya orang yang dah kawen nikah dan beranak pon senang sangat nak naik berat badannya. Sebab saintifiknya memang saya tak tau lah, sebab saya budak HR je pon bukannya medic kan.
Tapi pada pendapat saya, mungkin sebab hati senang kot sampai selera makan tak hengat punya. Bila badan dah kembang setaman, barulah menggigil nak exercise, telan obat kurus, puasa sunat, dan macam2 lagi ah.
Hah, tadi tuh pasal orang gumuk heboh nak kurus. Nih pulak pasal orang kurus nak gumuk, apo cer? Contoh macam saya nih ha, saya pelik sangat bila dengar kebanyakan orang disekeliling saya nih heboh nak kurus, nak kurus, nak kuruss. Padahal saya nih hah sampai mati akal dah fikir camne cara nak gumukkan badan.
Macam2 cara saya cuba, makan tido, makan tido sampai saya tak larat nak tido dengan makan dah. Pastuh, saya dok telan semua makanan yang tinggi kolestrol, yang "LOW FAT" pulok, sorry la der, saya tak layan ah mende makanan yang "LOW FAT" nih. Sebab saya nak tambah berat badan dan lemak, bukannya kasik kurang saya punya lemak kan. Tak cukup dengan tuh, saya beli pulak supplement bagi kasi naik berat saya dengan badan saya nih. Antara supplement yang penah saya beli, Appeton Weight Gain dengan Gain Eight. Tapi, badan tak naik, poket pulok makin nipis. Mahal gila semua supplement tuh, tapi hasil memang tak memuaskan, sabor jelah.
Tapi, sebenarnya cara saya tuh memang salah, nak naikkan berat badan bukan dengan makan makanan yang berkolestrol tinggi, tapi makan makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang secukupnya. Kalau tambah kolestrol, kang penyakit lain pulak datang sebab kolestrol adalah punca lemah jantung. Jadi untuk kurangkan kadar kolestrol dalam badan, sila lah makan Quaker Oat pada setiap hari untuk memastikan jantung sentiasa sihat. Selain tuh, saya tak boleh biarkan perut lapar, sebab proses mem'bakar' lemak akan menjadi lebih cepat. So, makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap adalah yang sebaiknya.
Bagi orang yang berhasrat nak kurangkan berat badan pulak, jangan sesekali tinggalkan nasi sebab nasi adalah makanan utama yang bekalkan karbohidrat kepada badan dan menghasilkan tenaga. Kalau tak makan nasi, lepas tuh exercise berat, boleh pengsan dan memudaratkan tau. Disamping tuh, banyakkan minum air putih bagi mengelakkan badan kering. So, kalau nak diet makesure disiplinkan diri untuk makan mengikut keperluan badan, bukannya mengikut nafsu dan amalkan senaman untuk menyihatkan badan.
Orang kata, nak gumuk senang je, tapi nak kurus susah gila. Tipu ah, saya nih tak gumuk2 pon, ape cerita der. Tulah, bila kurus nak gumuk, bila dah gumuk heboh nak kurus. Manusia nih memang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan sentiasa nak yang lebih baik kan, camtulah lumrah alam. Saya tak merujuk kepada siapa2, tapi kepada diri saya sendiri yang kadang2 macam tak bersyukur dengan apa yang ada. Apapun, yang baik datang daripada Allah s.w.t, dan yang buruk datangnya daripada saya.
Terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment