Friday, April 22, 2011

AF9: Gugurkan je bebudak tuh!

Assalamualaikum.

Salam hari jumaat semua readers. Hari nih imam dari mekah kan, SHEIKH ABDUL RAHMAN AS-SUDAIS mengimamkan solat jumaat kat masjid wilayah persekutuan, Kuala Lumpur. Alhamdullilah.

Hari nih saya nak bergosip yer, atau kata indahnya nak tambah dose kering je ptg jumaat nih. Astaghfirullah.
Ekceli, saya tak nak sentuh and ambik port sangat pon pasal budak2 AF9, musim terakhir nih. Tapi sejak saya tengok diari AF hari rabu hari tuh, perghh, tak boleh blah budak2 nih. Over nak mam***.

Konsert last week kan Pak Nil ada umumkan pasal pengguguran student and kemasukan student baru kan? So, for sure nak naikkan semangat juang budak2 sedia ada tuh kan sebab diorang nih memang PEMALAS. Lagu satu je pon seminggu, tu pon tak mampu nak bawak ke? Cuba tengok mentor tuh ha, 3 lagu lagi, steady je dorangg. Mantap gila persembahan, tapi takdelah glamour sangat macam AF kan. Harapkan muka je lawa + hensem. Lawa ke? Hensem ke? Tapi bukak je mulot, hampeh!

So, nak dijadikan  cerita, on that day, diari rabu kalau tak salah saya, sorang bakal student dibawa masuk dalam akademi, FIR. Semua budak2 AF tuh boleh buat muka dan tak sambut budak tuh dengan baik pon. Cuma Amir sorang je yang layan budak tuh and tunjukkan sekelililng rumah kaca tuh. Tapi saya rasa, tuh pon sebab Amir kenal budak tuh, kalau tak, memang tak lah kan.

Then, si Kay ngan Erul yang bajet hot tuh, dengan bangga berkata, " Jangan haraplah sapa2 kat luar sana nak rampas tempat kitorangg...". Hello, kalau korang rasa korang dah cukup hot, buat apa nak gigil beb, biarlah ops gugur teruskan misi dorang. Memang AF kali nih indah khabar dari rupa je, memang lemau gila tak macam musim lain.

Cuba korang fikir, kata nak sangat jadi penyanyi, sampai melalak2 sakan nak masuk AF. Tapi bila dah dapat masuk, gaya je lebih, suara ke laut. Ape kejadahnya! Setakat satu lagu, macam nak mati je tengok nak bawak sampai habes. Susah sangat ke menyanyi nih, nak2 pulak diorangg tuh kononnya minat sangat nak jadi "arts" nih. Bukan ke kalau ada minat, semua jadi mudah?? Contoh paling dekat, Stacy, daripada first week sampai final memang mantop. Tak da masalah pon kan.

Tapi AF kali nih, sorry to say lah, malu kot tengok korang nya persembahan. Syok sendiri. Tapi bukan semua lah tak best, ada jugak yang best macam Lena, Erul, Azri. Yang lain2 tuh suam2 kuku je, kena banyakkan usaha lagik.

So, kesimpulannya, saya sangat bersetuju dengan ops gugur pelajar AF9, supaya Af kali nih dapat capai matlamat, untuk melahirkan artis yang hebat untuk musim akhir nih. Cantas je yang tak improve2 tuh, buat apa nak simpan lagi. Mengabih an bogheh yo.

Okayy lah, till here then. Tak sabar nak tengok budak2 AF yang bersemangat esok. Yelah, nak selamatkan diri daripada kena gugur kan. Wait and see how their performance.

Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment