Hari nih merupakan hari lahir adik bongsu saya yang ke 5 tahun. Adik kecik yang sangat manja, nakal, mengade dan pengarang jantung kami semua. Kelahiran si kecil yang tidak disangka sama sekali, sebab mak saya mengandungkan dia ketika saya di tingkatan 5 dan adik kedua saya tingkatan 1. Bayangkan, betapa jauhnya perbezaan umur kami??
Tapi itulah rezeki Allah, budak kecik tuh la yang menyerikan rumah kecil kami nih yang sebelumnya sunyi je tanpa ada kerenah budak2. Masing2 dah meningkat remaja, jadik tak ada lah nak bermanja sangat dengan mak abah kan? Bila budak kecik nih ada, memang riuh lah rumah nih sebab dia yang paling kecik kan, memang mengade habes. Selalu mintak cium daripada mak, abah, akak yang brutal nih and abg ngah dia. Kadang2 tak dilayan pun, sebab tak larat dah nak layan kerenah.
Bila adik tak sihat, Ya Allah, risau sangat. Adik selalu sakit, antibodi dia tak kuat. Mungkin sebab mak mengandungkan dia masa umur dah hampir 40-an. Dia selalu masuk wad. Kesian adik, kecik2 lagi dah bersahabat dengan ubat dan selalu disuntik ubat, ambik darah segala. Tapi adik kuat, dia tak menangis walaupun ketika mata dia tepat pandang ke arah jarum tuh. Kuatnya adik....Sekuat semangat emak dan abahnya.
Sekarang, adik semakin besar, dah 5 tahun pun. Adik dah capai banyak kemajuan. Adik dah pandai membaca, menulis, sembahyang, hafaz doa dan mula berjinak dengan bahasa inggeris. Alhamdullillah :)
Semakin adik besar, bermakna semakin matanglah dia. Tak ada lah lagi budak kecik yang merengek mintak didukung, tergolek2 bila tak dapat bangun sendiri dan tak dapatlah nak peluk2, cium2 sangat lagi. Adik dah mula leka dengan dunia sendiri, dengan aktiviti sendiri dan dengan minatnya yang tersendiri. Adik sangat pandai berkata2, petah, macam orang dewasa.
Walau apa pun, adik tetap adik kecil saya yang sangat manja, bijak, nakal dan mengade tak kira walau berapa pun umurnya. Semoga adik dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah. Akak sayang adik sangat2. :)
budak kenit kesayangan saya :) comel tak?
Terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment